Showing posts with label common mistakes. Show all posts
Showing posts with label common mistakes. Show all posts

Monday, 30 November 2015

Advice/advise

Geli hati pun ada bila raaaaaaaaamai sangat suruh pos pasal 'Advice vs. Advise' ni. Satu sebab raaaaamai yang suruh pos ni sebab sendiri tak tahu, dan satu lagi raaaamai juga yang suruh pos sebab dah tak tahan terkenyit mata tengok orang lain salah guna 'Advice vs. Advise'.
Korang team mana? 😂😂😂
So anyway, this is a good question. Sebabnya. Kekeliruan tu berpunca dari maksud advice/advise dalam BM.
Bila kita sebut perkataan 'Nasihat', dalam BM boleh membawa maksud
1) sebuah nasihat (kata nama/noun)
2) sedang menasihatkan (kata kerja/verb)
Right?
SOOOO. Again, macam -ce vs. -t punya problem, masalah advice/advise ni pun kacang gilaaaa.
Nasihat - kata nama. (noun)
-"Meh saya bagi sebuah nasihat kat awak" / "Let me give you an advICE."
-"Omak bagi nasihat panjang lebar pagi tadi kat saya" / "This morning my mum gave me a lengthy advICE"
MEnasihatKAN - kat kerja (verb)
"Saya nasihatkan awak supaya pergi cari kerja" / "I advISE you to get a job"
"Doktor itu nasihatkan dia supaya jangan merokok" / "The doctor advISED him to stop smoking"
Macam masalah -ce vs. -t itu hari, cuba ingat ni je:
Kalau takde tambahan kat perkataan BM 'nasihat' tu, gunalah ending -ICE. Kalau ada tambahan kat perkataan BM 'nasihat' tu seperti 'MEnasihatKAN/MEnasihatI/nasihatKAN' silalah guna ending -ISE.
By the way, sebutan dia pun lain sikit tau. Advice sebutan dia ed-VAIS. Advise pulak sebutan dia ed-VAIZ.
Okay? Got it? Jangan silap lagi k. Siapa silap lagi berdiri atas kerusi. kahkahkah

Sunday, 22 November 2015

Confidence ke confident?

Seminggu ni takde nota English pun. Semua sebab demam UPSR.
So.
Itu hari ada yang tanya pasal perbezaan perkataan English yang berakhir dengan '-ce' dan '-t' ni.
Contohnya, bila nak guna?
- confidence ke confident?
- absence ke absent?
- ignorance ke ignorant?
Kacang je ni. Seriously. Kacang gila. Okay kita ambil contoh perkataan confident (maksud: yakin) dan confidence.
Kita boleh cakap camni, "Umang ai, he is so confident about that" / "Omg, yakin betul dia pasal tu". Dalam ayat ni, 'confident' tu kata sifat atau dikenali sebagai adjective. Kata sifat tu menerangkan sifat sesuatu.
Kita boleh cakap camni, "His confidence is inspiring" / "Keyakinan dia memberikan inspirasi". Kat sini, perkataan 'yakin' tadi tu dah jadi 'KEyakinAN'. Kalau ikut rules grammar, kata sifat tadi dah bertukar jadi kata nama (noun).
Sooo. Tips menipu teacher Azmira (jangan bitau orang lain):
Kalau tengah confused nak guna perkataan yang berakhir dengan '-ce' atau '-t', cuba tengok maksud dia dalam BM. Kalau dalam BM kita kena tambah 'ke-...-an' kat perkataan tu, maknanya, kena guna ending '-ce'.

Contohnya:
Absent (tidak hadir) - kata sifat
"Tisya was absent" / "Tisya tidak hadir"
Absence (KEtidakhadirAN) - kata nama
"Her absence was felt by us" / "Ketidakhadiran beliau sangat dirasai oleh kami"
Ignorant (jahil) - kata sifat
"What an ignorant statement!" / "Apo bungko amek statement ni!"
Ignorance (KEjahilAN) - kata nama
"I laugh at her ignorance" / "Saya gelakkan aje kejahilan beliau"
Tapi macam biasalah, English is fun, English is crazy. Banyak je exceptions, tapi kalau perkataan tu ada kata sifat yang berakhir dengan 't' dan kata namanya pula berakhir dengan 'ce', cuba try test tengok boleh ke tak guna cheat macam ni. Ada contoh lain tak?

Sunday, 15 November 2015

Beza legging dengan lagging.

Jauh bonaaa bezo maksud eh. Camano buleh silap niiiiii jang oi!

"Leggings" tu seluar ketat yang perempuan selalu pakai. Selalu jual kat Jalan TAR, warna hitam ada, corak cheetah ada, kilat2 warna pink pun ada.
Sebutan dia, le-gingz. 'Le' tu bunyi macam 'le' dalam lepak.

👍
 Contoh ayat betul:
"I have a pair of leggings. My leggings are black and made of cotton".
Nota tambahan: American English biasanya panggil 'tights' (Sebutan: taits)
---------
"Lagging" pulak berasal dari kata kerja "lag" yang orang kita selalu guna untuk bagitau yang computer/laptop/phone tengah tersangkut-sangkut, taknak gerak walaupun dah tekan macam2.
Sebutan dia, leg-ging. 'Le' kat sini bunyi macam bunyi 'le' bila sebut laptop atau lempeng atau meleleh.
👍 Contoh ayat betul:
"Alamak my phone lags again!"
"My laptop starts lagging when I downloaded too many files"

Wednesday, 11 November 2015

Edisi orang bercinta [part 2]


Sambungan dari telenovela last week. Kisahnya minggu lepas A cakap B 'nonsence'. So B pun marah, this week dia pun mintak 'brake' dekat A.

"I nak brake ngan you"
Kesalahan ejaan yg paling sering berlaku. 'Break' tu salah satu maksudnya minta putus hubungan. 'Brake' tu ada dua makna, 1) memberhentikan kenderaan - kata kerja. 2) alat memberhentikan kenderaan - kata nama. Sebutan dua2 perkataan ni sama (brek)
Ayat betul:
  •  "I need a break from you" / "Saya nak minta putus"
  • "She broke up with me last night" / "Dia telah minta putus dari saya malam tadi".
  • "He was shocked when he heard this so he slammed on his brakes" / "Dia brake mengejut sebab boboi tanjat dgr ni".


"Sedihnya, dia dah dumb aku"
Terima kasih Julie Jh bagitahu pasal ni. "Dumb" tu bongok, "dump" tu perkataan informal bagi "abandon"/ 'tinggalkan'.
Ayat betul: 
"She dumped me, bro. I'm so sad. She's so dumb for dumping me"/ " Dia tinggalkan aku, bro. Sedihnya. Bongok betul dia tu sebab tinggalkan aku"

"Kenalkan, ni finance saya yang baru!"
Ha betul la tu. Kalau dia sugar daddy you lah. "Finance" tu kewangan la!! Perkataan betul ialah 'fiancé' (utk tunang lelaki) dan fiancée (utk tunang perempuan). Sebutan bagi dua² ni ialah fi-on-sei. 
Ayat betul: 
"This is my fiancé" / 'Ni tunang (lelaki) saya'. "This is my fiancée" / 'Ni tunang (perempuan) saya'.
Nota tambahan: 
Tiada beza sebutan fiancé and fiancée sebab originally they are French words. Tambahan 'e' kat belakang tu cuma utk menandakan femininity perkataan fiancée tp tiada perubahan sebutan. 

"Nanti jemputlah datang weeding I"
Weeding tu mencabut rumpai kat garden. Wedding tu kenduri kahwin.
Ayat betul:
  • "I would like to invite you to my wedding". 
  • "I was weeding my garden when my friend came to invite me for her wedding". Gitu.

Kalau ada tambahan, meh discuss elok². Tamo gaduh². Nak gaduh, berdiri luar kelas muahahahaha

Friday, 6 November 2015

Edisi untuk orang bercinta. [Part 1]

Sebab hati tgh bunga² husband yang dah lama tak jumpa ni datang melawat saya kat sini, hari ni kita buat english untuk orang yang tengah courting / dating or yang tengah cuba-cuba. Dari stage nak confess sampai la kahwin.

"I'm love you"
Wajiblah sekeh dulu orang yang cakap "I'm love you" ni sebelum nak consider terima dia ke tak. "I'm" tu short form "I am", atau maksud dia "Saya (ialah)...". "love" tu dah kata kerja. So kalau cakap "I'm love you" tu, maksudnya "Saya ialah menyayangi awak". Apaaaa tuuu?

Ayat betul: 
  • "I'm Azmira. I'm 29 years old" / "Saya Azmira. Saya berumur 29 tahun".
  • "I love you" / "Saya sayang awak" atau boleh juga cakap "I'm in love with you" atau "I fall in love with you" / "Saya jatuh cinta kat awak".
  • "I fell in love with you when I saw you in the LRT"/" Saya telah jatuh cinta kat awak masa saya nampak awak dlm LRT dulu"

"Thanks your acceptance"
Sekali lagi, sekeh je dulu, lepas tu baru keluar dating. "Acceptance" tu maksud dia penerimaan. "Accept" tu maksudnya "menerima".
Ayat betul: 
"Thanks for accepting me" / "Terima kasih kerana menerima saya"

"Thank you deer".
Kau dating dengan anak rusa nani ke? *keluarkan rotan*. Thank you @Sayda Syafiqah for mentioning this. 'Deer' tu rusa, 'Dear' tu panggilan mesra.
Ayat betul: 
"Thank you, dear"

"Sayang, let go to pasar malam jom"
Kalau nak cakap 'mari / jom', kena guna let's. Let's ni berasal dari 'let us'.
Ayat betul: 
"Let's go to the night market" / "Jom pi merket" (bajet Kedah sikit)

Nota tambahan:
"let go je lah si X tu". 
Kat sini tak guna let+s sebab 'let go' tu bermaksud 'lepaskan'. Ni ayat pasar tau. Ayat yg betul ialah 'Just let X go'.

"saya ada barang nak let go". 
Ni selalu orang berjual-beli cakap nak 'lego' barang. Actually bukan lego, yang betulnya ialah 'let go'.

"Awak tolong sand saya pergi mall"
Thank you @OJan for highlighting this "sand"/"send" issue. Sand tu pasir, send tu hantar. Ayoyo.
"You ni ntah apa-apa! Nonsence!!" Kesilapan ejaan bagi perkataan "Nonsense". Kesilapan biasa: 'Nonsence', 'nonscent', 'noncent'

[Part 2 sambung ke pos selepas ini ala2 Spanish telenovela. Sebenarnya sebab banyak sangat common mistakes]

Sunday, 1 November 2015

Business Lingo

Sementara tengah cakap pasal kesilapan umum ni, ingat nak share la pasal ni. Saya gembira sangat sejak kebelakangan ni ramai Malaysians yang mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki taraf hidup masing-masing. Contohnya, dengan buka bisnes jual barang online.

Tapiiiiii.


Sebagai pemilik bisnes, rasanya lagi bagus kalau kita guna bahasa yang senang difahami, ringkas dan tepat. 
Sebagai pemilik bisnes, kena tahu perkataan-perkataan yang berkaitan dengan bisnes. Rasanya semua orang tahu ni, tapi kadang-kadang terlepas pandang, contohnya:

"PM"
PM tu maksudnya private message. Kadang-kadang orang guna perkataan 'inbox'.
Contoh ayat: "Nanti I PM (private message) you" atau "I'll inbox you on Facebook" <-- Please note that using 'inbox' as a verb is very very informal, just like when we verb-ify the word 'Google'.
Nota tambahan paling penting: tolonggggglah baca iklan sampai habis sebelum berebut tulis komen pm berderet-deret. Iklan pendek je kan, tak luak de sesaat dua nak baca, kan. KANNN?

"COD"
COD ni maksudnya Cash-on-delivery. Maknanya, bagi cash (duit) semasa penghantaran.
Bukannya bank-in dulu lepas tu baru 'COD'. Tu tak COD namanya adoiiiii

"Buy one, Free one"
Kalau dari segi pragmatic, ayat ni boleh difahami. Tapi tak berapa tepat dari segi syntactic. (Pragmatic - ke-praktikal-an bahasa, Syntactic - susun atur perkataan atau ayat atau lebih dikenali sebagai grammar) Kalau tak percaya, cuba google, orang Malaysia je guna Buy one, Free one ni. Ayat betul dia "Buy one, get one free"


Ni benda basic je ni, rasanya semua owner tahu ni kan. Pastu kena make sure lah tahu pasal benda yang dijual tu, contohnya:
Chesscake (Cheesecake laaaaa, chess tu game)
Failing (Inti tu Filling la)
Babycourt (Baby cot okay. Cot / crib tu katil baby, court tu gelanggang)
Freesize (tapi sebenarnya size S. Better tulis size dalam inci atau cm)

Tapiiiii. Kalau yang macam ni macam mana?

"Pussy buyer"
Putus jap nafas masa baca 'Pussy Buyer' ni. Lepas setengah jam hidup balik dan terpaksa tulis kat sini supaya kita semua tidak hidup dalam kesesatan yang abadi. 

Fussy buyer la!! Fussy! (sebutan fa-si) bukan Pussy! (sebutan pu-si). Maksud fussy ialah cerewet. Pussy pulak maksud dia, eh tak payah lah. Yang pentingnya, Fussy, bukan Pussy!!!
Ayat betul: "Please, serious buyer only, no fussy buyer."

Orang yg tulis pussy buyer ni, saya sure suka kutuk2 cikgu kat ruangan komen SiakapKeli tu kan. Sebab siapa suka kutuk cikgu, kalau ilmu tak berkat, tak melekat okay. Aiyok.
Terima kasih Azie Khamis, Noor Lubna, Sara Constantine Nursyuhada Azzman for highlighting these stuff. Ada apa lagi boleh tambah dalam basic business lingo?

EDIT: Tambahan dari komen
"sis tak larat nak replay semua messages"
Replay tu ulang semula. Reply tu jawab message. Alaahai ni yg cikgu dah start nak keluarkan rotan ni.
Thanks Izzati Omar

Friday, 30 October 2015

#grammarnazi #englishteacher

Eh eh korang niii jangan salah faham saya bukan ‪#‎grammarnazi‬

Saya seorang educator dan juga seorang learner. I believe in organic education. Maksudnya, pembelajaran tidak formal secara organik / natural. Saya lihat education sebagai proses yang organik dalam hidup manusia, bukan sebagai sesuatu yang perlu dibuat untuk exam. Dan bukan hanya mengenai English language.

Jadi, bila saya tulis sesuatu, niatnya bukan untuk 'mengajar' orang. Niatnya, something like this: "omg omg I know something interesting today, nak tau tak???" (Sebab saya memang jenis excited tak tentu arah macam ni)

Sambil mengopi, kita cerita apa yang jadi kat dunia dan kat diri kita.
Sambil gosip², kita belajar benda baru.
Tak kisahlah guna bahasa apa, asalkan mesej tu sampai.
Tak kisahlah kalau kita belajar benda baru dari budak berumur 5 tahun atau jiran depan rumah atau pakcik guard kat bank atau professor whatsoever.

Yang penting, hari ni kita jadi lebih baik dari semalam. Kan kan?

Untuk sesiapa yang tertinggal tren, saya sekarang tengah buat master di Finland. Dalam kelas saya ada 27 orang, dari 17 negara berlainan. Setiap hari makin banyak saya belajar dari mereka ni. English diorang bersepah teruk tapi boleh aje mesej tu sampai.

Semalam sahaja 3 orang dari benua lain² datang makan nasi lauk telur dadar dengan sayur campur kat rumah saya. Nak tahu topik apa kami borak?
- lagu Adele yang baru tajuk 'Hello' tu
- Gender (jantina) dan isu² diskriminasi
- kalau kita boleh buat polisi pendidikan, apa kita nak buat kat negara masing²
- kutuk² movie 50 shades of Grey

Gembira sangat berborak² macam ni, tapi lepas tu berisi. Ini la maksud saya organic education. Belajar bukan untuk exam, tapi untuk jadi lebih baik dari semalam. Belajar sambil2 makan aiskrim kacang. Bukan untuk menyalahkan orang lain.

Sorry for the long post. Nah gambar rumput ais depan rumah


Thursday, 29 October 2015

Joint pulak

Laaaa hai. Ramai rupanya yang memendam rasa pasal "that's mean" dan "congrates" tu. Hahaha adoi 😂😂😂
Pastu ramai juga bagi cadangan, so kenalah buat list baru ni, seperti:

 "I nak joint lah"
✔ "Joint" tu ada banyak maksud. Salah satunya 'sendi'. Ia juga bermaksud 'dua benda yg bergabung atau bersambung'.
 Contoh ayat betul: "I nak join lah company you. Company ni ada buat joint venture (gabungan dua kerjasama) dengan Maxis kan?"

 "I ada untie yang duduk KL"
✔ Cuba untuk tak campak telefon lepas baca 'untie' ni kat komen mana-mana ye. 'Auntie' (sebutan: anti) adalah panggilan informal kepada 'Aunt', yg bermaksud, 'makcik'. 'Untie' pulak bermaksud 'buka ikatan'. Sebutan dia pulak, 'antai'.
 Contoh ayat betul: "I ada auntie yang baik hati. Masa I kecil, dia selalu untie kasut I bila nak masuk rumah"

Kesalahan ejaan:
 "loose", "lose", "lost"
✔ "Loose" tu maksud dia 'longgar'. "Lose" tu maksud dia 'hilang'. "Lost" tu maksud dia 'telah hilang' atau 'telah sesat'.
 contoh ayat betul: "Skru ni dah loose lah". "Am I going to lose him?" / "Adakah saya akan kehilangan dia?". " I dah lost ni, you cakap pusing-pusing!"

 "there", "their", " they're"
✔ "there" tu maksudnya 'di sana'. "Their" tu maksudnya 'diorang punya'. "They're" tu maksud dia "mereka adalah". Jauh sangatkan beza satu-satu ni.
 Contoh ayat: "I rasa I taruk kunci over there." "I nampak diorang letak kucing in their car". "They're my friends dari kecil"

Kesalahan bunyi:
 Eyebrow disebut ai-bro
✔ bila terdengar orang cakap ai-bro ai-bro rasa macam nak goncang dia kuat² tanya dia 'you cakap apa niiiiii? Bawa istighfar banyak²!!' Doa mohon kesabaran kepada kita semua. Sebutan betul: ai-brau
 sebutan betul: "Kita guna colour ni, letak kat eyebrow (ai-brau) ye".
Tambahan: "eyeliner" tu maksud dia 'celak'. Dah nama pun eye + liner, mesti la untuk line mata. Contohnya, "I baru pakai eyeliner. Kejap lagi I nak fill eyebrows I pulak".

P/s: Saya takde lah nak semua orang cakap English perfect sangat, sebab saya pun native speaker rojak English. Tapi kalau ramai yang cuba-cuba guna English rojak dalam percakapan harian, jom la cuba guna rojak yang ada 'class' sikit. Baru sedap telinga dengar. Kalau tak, orang sekeliling tahannn je rasa nak maki (paham tak sekarang kenapa cikgu² ada yang abusive? Sebab 'that's mean' tu lah).

P/p/s: Tiada maaf bagi siapa yang cakap congrates

Wednesday, 28 October 2015

Congrates tu apa?

Hari ni seharian kat uni. Balik rumah penat sangat. Sambil rehat² ni buka la Facebook.
Pastu baca komen-komen kat ada satu page ni, tengok ramai juga yang komen dalam Bahasa Inggeris. Wahhhhhhh bagusnya!! Tapi ada juga silap sana sini sikit. Contohnya:

 "That's mean, _____" 
Salah ni kalau nak cakap 'maksudnya,___'. Kalau guna "That's mean", ia membawa maksud 'Jahatnya'. Nampak bezanya tu kan?
✔ Sepatutnya, "That means, ____".
 Contoh ayat: "That means, he wants to sleep now?" / "Maksudnya, dia nak tidur sekarang?".

 "Please take noted _____"
Sebab ayat ni ayat aktif, jadi perkataan noted tu tak boleh tambah d.
✔ Sepatutnya, "Please take note ___", ia membawa maksud, 'sila beri perhatian'. Orang yang reply pula akan jawab "Noted" atau 'telah diberi perhatian'.
 Contoh ayat: "Please take note that we only accept Ringgit Malaysia". / " Sila beri perhatian, kami cuma menerima RM sahaja".

 "Congrates"
Mohon siapa² tolong ikat orang yang cakap congrates ni kat pokok dan suruh kerengga gigit. Sebab rasanya ramai yang dah tegur pasal congrates ni. Congrates tu bukan singkatan congratulations ya, mohon kerengga gigit kuat² kalau tak ingat.
✔ Sepatutnya "Congrats" (singkatan) atau "Congratulations" (penuh)
 "Congratulations on your graduation!"

 "Thank" / "Thanks you"
Tak tau nak cakap apa la.
✔ Sepatutnya, "Thanks" / "Thank you". Sebab thanks adalah singkatan thank you.

 " Can I try your vape on"
'Vape on' tu macam slogan, ia membawa maksud 'teruskan menge-vape'. 'vaporizer' pula benda asap² tu. Eh vape dalam Bahasa Melayu apa?
 Contoh ayat: "Vape on, bro" atau "Can I try your vaporizer?"

 "Your so kind" / "You're kari ayam is delicious".
Masalah your / you're ni memang masalah sejagat. Walaupun orang putih sendiri pun buat silap ni. Aih.
✔ Sepatutnya kena tengok maksud. Your tu maksudnya 'kau punya'. You're tu pula singkatan 'You are', maksudnya 'awak adalah'.
 contoh ayat: "You're so kind". " Your kari ayam is delicious".

Lagi apa eh?