Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Thursday, 26 November 2015

Abah comel

Kat sini pukul 2:20 am ni. Macam biasa la takleh tidur lagi.
Sambil2 tu baca komen2 yg belum sempat baca dalam pos lepas. Kat edisi upsr tu, dalam beribu-riban komen tu, terselit satu komen.
Komen dari abah. Ye, my abah, my only Encik Amran yg korang duk main2 cakap tu amran fans tu.
Alaaaaa ni yang nak nangis niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Esok je la tido kalau camni gayanya.

Saturday, 21 November 2015

Adab mana, adab kat mana?

Adab melawan pendapat dekat fb supaya orang tak carutkan awak 
😱😱😱
1) Baca. Sampai. Habis. 👍

2) Fahamkan maksud. Fahamkan viewpoint dan konteks. 👍

3) Fokus pada isu. Bukan personal. Ada yg kutuk personal pasal saya takde anak. Baru je 2 bulan lepas saya kehilangan baby, agak terusik jugak la bila ada yg cakap camtu. Nasib baik husband ada datang melawat ni, boleh tumpang nangis kat bahu. Walaupun reply masih cool, dalam hati, dah bom dah orang tu. Tanak la camtu k. Bom mahal.
4) Bincangkan solusi bila pinpoint masalah. "Kau pindah je la Finland, bawa segala family kau" tak selesaikan masalah yang awak bangkitkan. Tolonglah, bila beri pendapat berbeza tu, berikan cadangan penyelesaian juga. Moga² ada yang boleh jadikan kenyataan.
5) Hormat-menghormati. Fahamkan juga bahawa penulis asal mengambil effort dan masa untuk menulis dan menyelidik, secara percuma. Tak minta thank you pun. Minta jangan biadap je. Yang pelik tu, kebanyakan yg biadap tu mengaku ada bermacam sijil dan berjela-jela pengalaman. Betul la tu, gred A tu tak melambangkan ilmu dan sahsiah. Saya mengaku saya masih banyak nak belajar, umur pun baru masuk 29. Tapi setiap manusia bukan tabula rasa. Sikit ke ilmu, banyak ke ilmu, ilmu individu tu lain-lain. Sebab tu kena kongsi. Ni main personal puleksss. Aiiiiii ni yg acik sotat nak sopiking nogoghi ni!!

Tuesday, 17 November 2015

Edisi UPSR

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.
Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.
Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:
1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.
2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?
3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place? Siapa yang buat sistem kasta ni? Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.
4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress. 
Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.

Friday, 6 November 2015

Ada sikit laaa kecil hati

Umang ai. Komain lagi ekau sumo anta pm mintak sey jadik cikgu ekau orang.
Cikgu kek skulah anak ekau tu ha ekau koji an.
Cikgu kek skulah anak ekau tu ekau nak saman an.
Cikgu kek skulah anak ekau tu komain lagi ekau kutuk² an kek fb.

Tuesday, 3 November 2015

Perangai 'hekleh'.

Perangai 'hekleh'.

Saya tak berapa nak faham perangai suka cakap 'hekleh, itu pun tak tahu' kat orang ni. Yang saya tahu, ramai yang selalu cakap macam ni kat kawan dia, adik dia or anak dia. Maksud 'hekleh, itu pun tak tahu', kalau tak silap sayalah, bunyinya tu seakan merendahkan orang lain.

Betul, yang saya tulis pasal common mistakes sebelum ni, grammar rules yang kita belajar masa darjah 3 dulu. Dan mungkin topik tu senang untuk orang yang dah tahu grammar rules ni.

Tapi.

Tak semua yang kita tahu, orang tahu.
Tak semua yang orang tahu, kita tahu.
Tak semua yang kita rasa senang, orang lain rasa senang juga.
Most of the time, we take things for granted.

Cabaran jadi cikgu ni, ialah mengambil benda yang susah, tukarkan jadi senang supaya murid faham.
Cabaran seorang cikgu, ialah bila ada orang 'hekleh', kita angkat orang yang 'dihekleh' tu supaya orang tak 'hekleh' kan dia lagi. Eh faham ke atau dah berbelit ni. Sorry kalau berbelit, maybe sebab saya tak makan lagi sebab seharian sibuk kat uni. But, you feel me, bro?

Bila saya highlight common mistakes yang selalu Malaysians buat tu, saya tanak orang 'hekleh' kan orang-orang yang tak tahu.
Mungkin boleh tukar ayat tu dari 'hekleh' kepada 'Ha bagusnya! Nanti jangan tulis congrates lagi k?' kepada kawan-kawan yang baru tahu.
You all rasa cikgu2 ni takde terasa nak lempang laju2 ke kat kawan2 dia yang tulis congrates? Saya tiap-tiap kali mengeja 'congrates' ni, terkenyit2 mata menahan rasa urge nak tampar orang laju2.

Tapi, sebab naluri cikgu tu jugalah yang buat saya jadi pemaaf terhadap kesilapan (selain congrates).
Kalau tak tau, kita bagi je la tau.
Yang nak ejek tu kenapa. Takde faedah kan? Kau rugi sebab sakit mata baca kesilapan dia, dia pun rugi sebab sesat abadi.
Tapi bila menegur tu, kena la penuh kasih sayang ala2 kempen cikgu penyayang. Sambil gurau2 ke. Gunalah psychology sikit.

Tapi betul, susahkan nak tegur orang yang silap? Especially yang bodoh sombong pulak tu. Oghang nogoghi panggil, 'mada'. Kalau sorang kawan kita yang mada tu pun kita dah kena darah tinggi nak membetulkan dia, bayangkanlah, dalam satu kelas, cikgu ada 35 pelajar. Kalau yang bodoh sombong tu ramai, memang boleh saiko cikgu tu.

Sayangilah cikgu-cikgu kita ye korang.

Dan jangan nak hekleh2 orang.
Dan JANGAN TULIS CONGRATES LAGI. *beliak mata*



Monday, 2 November 2015

The fading day

Bangun pagi ni (Ya, Finland 6 jam lambat dari Malaysia) rasa macam tak best. Pening kepala sikit.

Overwhelmed beberapa hari ni dengan amount pm yang orang hantar, dan bunyi² notifications dari Facebook. (Kalau tak penting, tayah pm pleaseee - nak study ni) 😜
So anyway, bangun je terus buka buku favourite saya yang memang sentiasa ada di tepi katil ni. Pastu buka at random, and terus terbaca ni:

"By the fading day, man is [deep] in loss, except for those who believe, do good deeds, urge one another to the truth, and urge one another to steadfastness"


Oh Azmira lalainya kau. Masa kita pendek je ni. Insaf terus.
Since ramai yang baca kat sini, I will try to write better content - not just belajar English stuff, but things that really matter, contohnya isu² pendidikan yang buat orang kutuk² sangat guru-guru tak bersalah mcm kitorang ni. Isu² diskriminasi. Benda² yang boleh dipelajari dari sini. Dan sebagainya.

So, saya ingat nak buat mcm ni.

Sebab ramai orang pm cakap 'we need more educators like you', apa yang boleh saya cakap, sebab kerja saya dulu, saya kena jumpa cikgu² satu Malaysia. Dari Johor ke Perlis, Sabah dan Sarawak juga. Ramai sangat cikgu super hebat yang saya kenal tapi orang tak kenal. Saya nak orang kenal our local heroes. Orang yang jauh lagi komited sebagai educators, cuma orang tak nampak. So seminggu sekali, saya nak kenalkan kawan2 cikgu yang hebat ni. 😍

Saya juga akan terus menulis mengenai benda yang saya belajar di sini. Sebab sini jauh kan, so nanti saya kongsi apa2 yang menarik (or yang tak menarik).

Ada juga saya terima pm mengenai sistem pendidikan kita yang tak bagus - ya, tu pun penting tu. Nanti kita bincang sama-sama ya bila saya tulis nanti 😘

Tapi kalau bercerita isu² kedai kopi ni, kenapa tah orang suka marah² bila bagi pendapat. Jangan gaduh² ya nanti. Rotan sorang² kang.


Friday, 30 October 2015

#grammarnazi #englishteacher

Eh eh korang niii jangan salah faham saya bukan ‪#‎grammarnazi‬

Saya seorang educator dan juga seorang learner. I believe in organic education. Maksudnya, pembelajaran tidak formal secara organik / natural. Saya lihat education sebagai proses yang organik dalam hidup manusia, bukan sebagai sesuatu yang perlu dibuat untuk exam. Dan bukan hanya mengenai English language.

Jadi, bila saya tulis sesuatu, niatnya bukan untuk 'mengajar' orang. Niatnya, something like this: "omg omg I know something interesting today, nak tau tak???" (Sebab saya memang jenis excited tak tentu arah macam ni)

Sambil mengopi, kita cerita apa yang jadi kat dunia dan kat diri kita.
Sambil gosip², kita belajar benda baru.
Tak kisahlah guna bahasa apa, asalkan mesej tu sampai.
Tak kisahlah kalau kita belajar benda baru dari budak berumur 5 tahun atau jiran depan rumah atau pakcik guard kat bank atau professor whatsoever.

Yang penting, hari ni kita jadi lebih baik dari semalam. Kan kan?

Untuk sesiapa yang tertinggal tren, saya sekarang tengah buat master di Finland. Dalam kelas saya ada 27 orang, dari 17 negara berlainan. Setiap hari makin banyak saya belajar dari mereka ni. English diorang bersepah teruk tapi boleh aje mesej tu sampai.

Semalam sahaja 3 orang dari benua lain² datang makan nasi lauk telur dadar dengan sayur campur kat rumah saya. Nak tahu topik apa kami borak?
- lagu Adele yang baru tajuk 'Hello' tu
- Gender (jantina) dan isu² diskriminasi
- kalau kita boleh buat polisi pendidikan, apa kita nak buat kat negara masing²
- kutuk² movie 50 shades of Grey

Gembira sangat berborak² macam ni, tapi lepas tu berisi. Ini la maksud saya organic education. Belajar bukan untuk exam, tapi untuk jadi lebih baik dari semalam. Belajar sambil2 makan aiskrim kacang. Bukan untuk menyalahkan orang lain.

Sorry for the long post. Nah gambar rumput ais depan rumah


Sumo eh salah

Ado bahayo eh pos mondo2 bahso ni tghutamo eh cakap2 omputeh ni ha. Kang ado pulak yang bosa mato, kocik hati, tosinggung sano sini dan sobagai eh.

Tak kurang juo yang dah sotat bagi sey coghamah yang langsung tak bokaitan ngan topik pobincangan. Sey nak cakap apo laie.

Sey mohon maaf la sey pun bukan poghofek pun, cakap pun ado salah sano sini. Kito cumo kungsi2 apo kito tau yooo. Tak sangko pulak ghamai yang nak mongo-share bondo yang sey ghaso kocik punyo matter. Bilo oghang share, totibo yo oghang bominat nak ambik tau sumo bondo. Kok boleh ditinjau taik tingo sey, ditinjau eh. Tak payah la aih nak nengok an bona, taik tingo sey bia yo la dio bahagio dalam tingo.

Apo pun, sey kat Pinland ni, sey tongah bolaja bahso dio. Sey tau la susah eh nak bolaja bahso baru. Kono pulak bahso Pinland ni antagho bahso tosusah dalam dunio. Tapi sey teghai2 yo lah. Banyak buek salah. Iyolah, ni bahso kotigo yang sey nak blaja. So yeah, sey paham yo, kok buek salah bilo blaja bahso tu bondo yang normal. Sey takdo nak golak an oghang bilo dio nak blaja. Tapi ekau jangan tunjuk bosa palo di mano2 bilo dah pandai. Kok oghang boduk ekau nanti.

Sey kungsi2 ni bukan nak tunjuk pandai ko apo. Ikut ati sey nak yo sey sopiking nogoghi yo from now on. Pokok kek kau la nak paham ko tak.

Yang ponting eh, doa kan lah yang tobaik untuk sey yo. Moga hidup sey ni untuk bobakti pado smuo. Kalau sey ado buek salah, sey minta maap. Kalau sey tak buek salah, kito enjoy2 relax2 yo la. Tak mo la negatip2 sangat. Kalau tak bokaitan ngan topik pobincangan, ekau tayah la bukak khemah nak bagi coghamah politik, agamo mahupun apo2 yang akan monyinggung ati kocik sey ni. Sini pukul 1 pagi dah ha. Sey nak tido. Moga kito smuo diboghi kokuatan untuk haghi2 esok yo. Amin.

Tuesday, 13 October 2015

Wednesday, 7 October 2015

Susah hati

Bila jauh macam ni, berita dari Facebook lagi laju dari portal berita rasmi.
Susah hati sikit dua tiga hari ni. Duk terfikir halnya dengan Malaysia.
Susah juga nak belajar bahasa orang lain kalau awal² sudah digelar balaci penjajah.
Susah juga kalau cara berpakaian pula lagi penting dari cara berfikiran.
Kalau cara berpakaian sopan, cara memberi pendapat tidak, pun tak boleh jugakan?
Susah juga nak jadi mesra bila jiran sebelah sudah bina tembok besar dan tinggi.
Susah juga kalau depan-depan ber'akak-akak' sebagai lambang hormat walaupun belakang-belakang diumpat.
Susah jugakan nak jadi baik kalau dipaksa taubat setelah dipukul dan diikat?
Susahnya. Nak buat macam mana ni?

Tuesday, 25 January 2011

The sun is shining

Im just happy. Feeling the warmth of the sun on my skin. Watching the stars through the rooftop. Smell the rain

Thank you God for my senses
:) :) :)

Sunday, 23 January 2011

Moses? David? Jesus?

Lind Say and I was discussing about religions over lunner (lunch + dinner). We were talking about Jesus, Qoran, ladidadida you know what Im talking about. Then, she asked me Muslims views of Jesus and all. I know deep down that I was in no position to talk about religion if I do not have ample knowledge to support it. I somehow thought I have oversimplified it when I told her that Jews, Christians and Muslims came from the same root. That the bible for Muslims is al-Quran sent from Allah through Muhammad pbuh. That the Bible is through Jesus. And I mistakenly said that Torrah is David's.

I came home and told Syal about our conversation and she said "Mira! It's not David's, it's Moses'!". I was horrified to have made such a horrendous mistake! I realized that night that if you do not have the knowledge, how can you talk about things you do not know, apart from making you a foolish, self-righteous person?

I opened the Quran translation at random that night, and randomly read it. Guess which verse I came to? I have to emphasize it again and again, I opened it at random.

al-Baqarah (2:44)
Enjoin you al-Birr (piety and righteousness and every act of obedience to Allah) on the people and you forget (to practise) it yourselves, while you recites the Scripture (Torrah)! Have you no sense?
In your face, Azmira. In your face.


Tuesday, 18 January 2011

Free verse 4-10-5-5-4

O yesterday,
An orang putih lady shed a tear,
Lost in translation,
Trapped in traffic jams,
A warm welcome.

Tuesday, 4 January 2011

New Year 2011!

So, year comes and year goes.
My new year resolutions for 2011:
  1. To be better at explaining things when asked questions
  2. To look professional/tidy for work :P
  3. To stop fidgeting while talking
Just a short entry for now. And will be busy for the next three weeks. Hopefully I will have time to write. haiyaiyayaya


Monday, 29 November 2010

Honey baby, I feel sorry for you...

And here we go. There are some people who are most likely to feel offended by what you say although you'd never have the slightest intention to do so. These people seem to be hearing all the nastiest bisikan syaitons, notwithstanding.

Simple SMS text with a well-meaning tone might be interpreted as cynical. You then get a reply, 'yelah yelah sapa lah aku kan'

A benevolent gesture might be interpreted as harmful and of malicious.

A friendly help might be implied detrimental.

A friend forgets to say 'Hi' because her head is full with the never-ending tasks from work incriminated as ignorant, selfish, snobbish and so on.

KEYWORD: Interpret, connote, imply, incriminate.

Can you mothereffers be much more appreciative of people around you? I am tired of taking extra precautions talking to your gentle fragile heart. Whatever I said or I did was wrong to your eyes simply when it did not meet your 'expectations'. You interpret, connote, imply, incriminate others like no one's business.

Don't you know that the world does not circle around you for once? Oh of course not, because you are too busy fighting with your boyfriend because of the wrong 'tone' he was using in...sms text? Like, huh? You read it the way you want to read it for god sake. You see what you wanna see. If pain you are looking for, pain is what you get.

From your lovely Alice-in-wonderland world, people around you are expected to treat you like a princess. To say 'Hi' all the time to you, to always peluk manja your delicate feelings, to ask if you have eaten or not, to ask about your day eventhough you had never do the same to others.

These are the type of people who never really go out from their flyspeck world, adding to the injury, with a comfortable support from family. These are the people who never spent their money buying their own goddamn washing machine. These are those who are self-claimed family-persons when the truth are you are just DEPENDENT MOTHEREFFERS who whine a lot and never be thankful for anything. I dare not say that these people are stupid because most of them are highly successful people. There's just something wrong with their brain processor that they defy all the logical thoughts to resort on inward emotional comfort.

Im sick of you all, mothereffers. When you said byebye to us, it was a good riddance. Everything after you is sweet like this D'aim chocolate I'm having right now.

Friday, 12 November 2010

Kids at Prison

SEAMEO delegates and I went to visit Prison School few days ago. It was okay, we were thoroughly checked up and down by the prison officer prior to getting into the prison. I couldn't bring anything other than myself and the clothes I was wearing. I couldn't bring the camera in.

We were introduced to the system of the prison and the types of offence committed by the detainees. Some that I remembered:

-Section 302 : First degree murder
-Section 376 / 377: First degree sexual offender

The uniform system in the juvenile prison:
-White shirt: less than 3 months
-Red shirt: 3-6 months
-Green shirt: 6-12 months
-Blue shirt: 12-15 months
-Dark blue shirt: excellent prisoner
-White shirt with red sleeve: capital punishment
-White shirt with blue stripes: escaped from police detainment before recaptured
-White shirt with green stripes: escaped from juvenile prison

etc.

I got to talk to them. They were nice kids, some of them are brilliant. They just need a second chance. Some of them come from families who simply do not care. An officer told us that sometimes, parents do not know that their kids were in prison until months later. And if they knew, they simply shunned away or ignored them. These kids, they have great artistic skill, it shows in their Skills class, where they have to produce t-shirts, mugs, calendars and designing stuff. Their classes are well-equipped and they get to go to class according to their ability instead of age. So a few managed to be undergraduates at the age of 17+. They were given as much attention as a caring parent would do. Honestly, these kids have better chance than kids outside the walls.

I am so disturbed since it's a kid's prison.

There is one case where this kid stole a can of Coke. The owner of the shop pressed charges and the bail out was RM1000. The kid's family was poor so they could not afford to bail him out. So he was sent to prison for one whole year.

Most of them come from low income families who cannot afford to bail them out.

I can't forget their eyes.

I can't forget the block where they stationed young criminals in death row. I saw white shirt with red sleeves hanging on the laundry lines outside the block and I knew that is one image I will never forget for the rest of my life.

I believe in second chance. Heck, third chance why not.

Thursday, 11 November 2010

Intimidated


"And I might as well enquire why, with so evident a design of insulting me, you chose to tell me that you liked me against your better judgment"

Elizabeth Bennet, Pride and Prejudice


Wednesday, 1 September 2010

Kindness

Be kind unto yourself so that you will be kind unto others.

Great words from my mentor

Monday, 21 June 2010

Confidence

When we were babies, we have so much faith and confidence in ourselves that nobody taught us to crawl, or walk, or talk.

When we get older, it fades.

Leaving us with no confidence at all by the time we reach adult's stage. Pity.

I wish I have primary kids' confidence so that no one can do me harm.

Friday, 4 June 2010

Back to square zero

This lately I have been observing 'moments'. You know, when your eyes speak on behalf. Those familiarities you can find in other's eyes. When one pair of eyes meets another and thus creating that moment. And you find yourself talking quietly inside your heart, trying to explain that particular moment. And I mean this not in a good way, not that lovey-dovey moment. Just moments. When you caught guilty, when you laugh, when you are curious. The different look in the eyes, yet the same set of eyes.

sigh.

I dont know how to explain this to you but I am sure I know what I mean.