Saturday 21 November 2015

Adab mana, adab kat mana?

Adab melawan pendapat dekat fb supaya orang tak carutkan awak 
😱😱😱
1) Baca. Sampai. Habis. 👍

2) Fahamkan maksud. Fahamkan viewpoint dan konteks. 👍

3) Fokus pada isu. Bukan personal. Ada yg kutuk personal pasal saya takde anak. Baru je 2 bulan lepas saya kehilangan baby, agak terusik jugak la bila ada yg cakap camtu. Nasib baik husband ada datang melawat ni, boleh tumpang nangis kat bahu. Walaupun reply masih cool, dalam hati, dah bom dah orang tu. Tanak la camtu k. Bom mahal.
4) Bincangkan solusi bila pinpoint masalah. "Kau pindah je la Finland, bawa segala family kau" tak selesaikan masalah yang awak bangkitkan. Tolonglah, bila beri pendapat berbeza tu, berikan cadangan penyelesaian juga. Moga² ada yang boleh jadikan kenyataan.
5) Hormat-menghormati. Fahamkan juga bahawa penulis asal mengambil effort dan masa untuk menulis dan menyelidik, secara percuma. Tak minta thank you pun. Minta jangan biadap je. Yang pelik tu, kebanyakan yg biadap tu mengaku ada bermacam sijil dan berjela-jela pengalaman. Betul la tu, gred A tu tak melambangkan ilmu dan sahsiah. Saya mengaku saya masih banyak nak belajar, umur pun baru masuk 29. Tapi setiap manusia bukan tabula rasa. Sikit ke ilmu, banyak ke ilmu, ilmu individu tu lain-lain. Sebab tu kena kongsi. Ni main personal puleksss. Aiiiiii ni yg acik sotat nak sopiking nogoghi ni!!

No comments:

Post a Comment