Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Wednesday, 11 November 2015

Edisi orang bercinta [part 2]


Sambungan dari telenovela last week. Kisahnya minggu lepas A cakap B 'nonsence'. So B pun marah, this week dia pun mintak 'brake' dekat A.

"I nak brake ngan you"
Kesalahan ejaan yg paling sering berlaku. 'Break' tu salah satu maksudnya minta putus hubungan. 'Brake' tu ada dua makna, 1) memberhentikan kenderaan - kata kerja. 2) alat memberhentikan kenderaan - kata nama. Sebutan dua2 perkataan ni sama (brek)
Ayat betul:
  •  "I need a break from you" / "Saya nak minta putus"
  • "She broke up with me last night" / "Dia telah minta putus dari saya malam tadi".
  • "He was shocked when he heard this so he slammed on his brakes" / "Dia brake mengejut sebab boboi tanjat dgr ni".


"Sedihnya, dia dah dumb aku"
Terima kasih Julie Jh bagitahu pasal ni. "Dumb" tu bongok, "dump" tu perkataan informal bagi "abandon"/ 'tinggalkan'.
Ayat betul: 
"She dumped me, bro. I'm so sad. She's so dumb for dumping me"/ " Dia tinggalkan aku, bro. Sedihnya. Bongok betul dia tu sebab tinggalkan aku"

"Kenalkan, ni finance saya yang baru!"
Ha betul la tu. Kalau dia sugar daddy you lah. "Finance" tu kewangan la!! Perkataan betul ialah 'fiancé' (utk tunang lelaki) dan fiancée (utk tunang perempuan). Sebutan bagi dua² ni ialah fi-on-sei. 
Ayat betul: 
"This is my fiancé" / 'Ni tunang (lelaki) saya'. "This is my fiancée" / 'Ni tunang (perempuan) saya'.
Nota tambahan: 
Tiada beza sebutan fiancé and fiancée sebab originally they are French words. Tambahan 'e' kat belakang tu cuma utk menandakan femininity perkataan fiancée tp tiada perubahan sebutan. 

"Nanti jemputlah datang weeding I"
Weeding tu mencabut rumpai kat garden. Wedding tu kenduri kahwin.
Ayat betul:
  • "I would like to invite you to my wedding". 
  • "I was weeding my garden when my friend came to invite me for her wedding". Gitu.

Kalau ada tambahan, meh discuss elok². Tamo gaduh². Nak gaduh, berdiri luar kelas muahahahaha

Friday, 6 November 2015

Edisi untuk orang bercinta. [Part 1]

Sebab hati tgh bunga² husband yang dah lama tak jumpa ni datang melawat saya kat sini, hari ni kita buat english untuk orang yang tengah courting / dating or yang tengah cuba-cuba. Dari stage nak confess sampai la kahwin.

"I'm love you"
Wajiblah sekeh dulu orang yang cakap "I'm love you" ni sebelum nak consider terima dia ke tak. "I'm" tu short form "I am", atau maksud dia "Saya (ialah)...". "love" tu dah kata kerja. So kalau cakap "I'm love you" tu, maksudnya "Saya ialah menyayangi awak". Apaaaa tuuu?

Ayat betul: 
  • "I'm Azmira. I'm 29 years old" / "Saya Azmira. Saya berumur 29 tahun".
  • "I love you" / "Saya sayang awak" atau boleh juga cakap "I'm in love with you" atau "I fall in love with you" / "Saya jatuh cinta kat awak".
  • "I fell in love with you when I saw you in the LRT"/" Saya telah jatuh cinta kat awak masa saya nampak awak dlm LRT dulu"

"Thanks your acceptance"
Sekali lagi, sekeh je dulu, lepas tu baru keluar dating. "Acceptance" tu maksud dia penerimaan. "Accept" tu maksudnya "menerima".
Ayat betul: 
"Thanks for accepting me" / "Terima kasih kerana menerima saya"

"Thank you deer".
Kau dating dengan anak rusa nani ke? *keluarkan rotan*. Thank you @Sayda Syafiqah for mentioning this. 'Deer' tu rusa, 'Dear' tu panggilan mesra.
Ayat betul: 
"Thank you, dear"

"Sayang, let go to pasar malam jom"
Kalau nak cakap 'mari / jom', kena guna let's. Let's ni berasal dari 'let us'.
Ayat betul: 
"Let's go to the night market" / "Jom pi merket" (bajet Kedah sikit)

Nota tambahan:
"let go je lah si X tu". 
Kat sini tak guna let+s sebab 'let go' tu bermaksud 'lepaskan'. Ni ayat pasar tau. Ayat yg betul ialah 'Just let X go'.

"saya ada barang nak let go". 
Ni selalu orang berjual-beli cakap nak 'lego' barang. Actually bukan lego, yang betulnya ialah 'let go'.

"Awak tolong sand saya pergi mall"
Thank you @OJan for highlighting this "sand"/"send" issue. Sand tu pasir, send tu hantar. Ayoyo.
"You ni ntah apa-apa! Nonsence!!" Kesilapan ejaan bagi perkataan "Nonsense". Kesilapan biasa: 'Nonsence', 'nonscent', 'noncent'

[Part 2 sambung ke pos selepas ini ala2 Spanish telenovela. Sebenarnya sebab banyak sangat common mistakes]