Showing posts with label Finland. Show all posts
Showing posts with label Finland. Show all posts

Wednesday, 25 November 2015

Cerita cukai

Okay jom bincang mengenai tax pula di sini sebab ramai yg tanya tu hari. Rujuk pos sebelum atau selepas untuk hal lain di Finland. Baca sampai habis baru komen.
Cerita pendeknya, ni negara kebajikan (welfare state). Rakyat bayar tax tinggi, kerajaan bagi sangat banyak kemudahan macam-macam. Sini takde natural resources macam Malaysia dan rakyat dia sangat sikit, jadi social capital tu kecil, sebab tu tax tinggi
Cerita panjang pula:
1) Ada dua jenis income, 'earned income' dan 'capital income'. 'Earned income' ialah income yg diterima seperti gaji, duit kebajikan bulanan yg diterima atau pencen. 'Capital income' pula income yg diterima dari investment, duit yg diterima dari menyewakan rumah, interest dari duit simpanan, dan yg sewaktu dengannya.
Okay, satu duit gaji, satu lagi duit poket tambahan. Biasanya org kaya je ada capital income, org biasa2 biasanya ada satu income je.
2) Ada beberapa jenis tax:
i) Earned income di tax sehingga 18-19% bergantung kepada amount. Saya tgh buat internship dan dapat elaun internship sebanyak 500€, jadi saya di tax 1% je.
ii) Capital income di tax sebanyak 30% (nampak tak bagaimana org kaya di tax lebih, orang kurang kaya di tax biasa je?)
iii) Church tax 1-2%. Kalau bukan ahli church, tak payah bayar.
iv) arvonlisävero/ALV (atau nama lain dia VAT, kita kenal dgn nama GST). Untuk barang yg sangat berkeperluan tinggi, 10% (contoh: ubat, transport). Untuk barang makanan dan services, 14%. Untuk barang lain, 24%.
Basically, TINGGI GILA tax di Finland sebab negara ni bergantung pada tax sebab agriculture tak berapa sgt (sini dekat ngan kutub, sejuk melampau2, susah tumbuhan nak hidup kecuali pada musim tertentu), natural resources pun takde sgt, tourism pun gitu2 je.
3) Jom tgk kemudahan yg diterima dari tax:
-pendidikan percuma sehingga PhD
-pelajar dan guru di sekolah diberi healthy lunch yg free
-jika di bahagian pedalaman, transport pelajar ditanggung, atau ada boarding school free
-sekolah2 fully equipped, banyak sekolah dibina dgn modern minimalist design
-Ibu melahirkan anak cuti 1 tahun dgn elaun separuh gaji, ditanggung sepenuhnya oleh gov. Parents boleh split cuti 6 bulan ibu, 6 bulan bapa untuk beri perhatian kepada baby baru lahir.
- setiap anak yg lahir, ibu bapa diberi elaun jika menjaga sendiri. Jika tidak, anak boleh dihantar ke päiväkoti / childcare centre (tapi tidak boleh tuntut elaun)
- setiap anak yg lahir, ibubapa diberi hadiah baju2, buku dan barang keperluan untuk baby oleh gov (sila Google Finnish baby box)
- oh btw kalau Ibu bersalin takde husband atau kawan teman dalam labour room, dia bg pinjam volunteer utk pegangkan tangan masa tgh push. Seriously.
- pelajar higher edu (uni/kemahiran) diberi elaun basic sehingga habis belajar untuk cover makan dan sewa.
-org yg kehilangan pekerjaan diberi elaun minimum sehingga mendapat kerja. Org yg malas kerja pun masih dapat, tp elaun minimum ni sgt sedikit, cukup2 untuk jgn mati kebulur je
-free healthcare, maternity pun free
-maintenance dalam bandar (bersihkan salji, potong rumput & pokok di tempat awam, parks, bicycle paths etc)
-bantuan dari KELA (jabatan kebajikan) untuk SEMUA yg bayar tax jika ada apa2 masalah
-prison disediakan bukan tempat hukuman tapi sebagai tempat rehabilitation untuk belajar masuk semula ke dalam masyarakat jadi prison mereka lengkap mcm rumah
-ni paling best: SAMAN TRAFIK MENGIKUT INCOME. Kalau gaji mahal, saman trafik pun mahal. Seorang jutawan Nokia di Finland yg membawa laju di kawasan perlahan disaman €103,000 sebab saman mengikut income beliau, melalui info dari tax department.
Sangat Islam dari negara Islam.
P/s: Mohon jika nak berbincang, jangan komen ekstrim yg boleh mencetuskan pergaduhan politik di sini. Azmira ni masih nak balik Malaysia makan nasi lemak tepi jalan dan keropok lekor 2 ringgit. Dalam hati pun pakai flag Malaysia. Thanks 😘😘😘
P/p/s: mohon sopan juga. Kalau saya dah start speaking nogoghi kang, segala lidah yg terseliuh tidak ditanggung pihak insurans. Lagi pun kalau teacher Azmira merajuk, bebel lagi panjang, tak larat pulak baca nnt

Friday, 20 November 2015

Sistem pendidikan di Finland

Sebab ramai sgt yg tanya soalan ni lapan juta kali, penat pulak nak jawab lapan juta kali juga.
"Habis tu kalau kat Finland takde exam, mcm mana nak jadi doktor?"
Soalan ni sgt bagus sekali sebab ramai juga yg tak tahu. So lepas ni bolehlah ramai² tahu.
1) Ada satu je national exam dalam sistem pendidikan di sini, iaitu selepas habis persekolahan pada umur 16/17 tahun. Ianya pula diambil JIKA hendak masuk university. Jika pelajar tak nak ke uni dan ingin mengambil pengalaman bekerja, mereka wajib ke sekolah² kemahiran di mana mereka akan mempelajari skill dan menjalani internship dalam bidang yg mereka suka. So kalau nak jadi doktor, ambillah entrance exam, pergilah uni. Habis cerita.
2) Sepanjang persekolahan, budak² tiada exam. Quizzes ke camtu ada lah. Tapi takde exam UPSR, PMR atau exam subjek tiap² tahun. Jadi, guru dan ibubapa sentiasa berhubung supaya guru boleh beritahu tahap anak masing-masing melalui pengamatan dalam kelas dan bukti melalui homework. (Ini yg cuba dibuat di Malaysia, tetapi ramai tak faham tapi ramai yg campur tangan, terus terbabas jadi sppbs, sistem e- itu ini, report dan portfolio berbilik-bilik). Nampak tak bahaya meniru tanpa ilmu? Ibu bapa pula marah sebab guru sudah tidak memberi A pada anak² mereka kerana mereka dibesarkan dengan tanggapan A tu everything. RAMAI JUGA ibubapa yang MADA, dah la tak faham konsep 'early childhood', takde ilmu pendidikan, lepas tu main tibai je marah² guru dengan memberi kata-kata kejian seperti dot,dot,dot... (banyak je contoh kat fb ni, carilah sendiri) 😂😂😂
Btw nah tengok ni ringkasan educational journey untuk pelajar di Finland

Thursday, 19 November 2015

Hadiah sticker kat baju

Hari ni buka mailbox dapat hadiah dari university. Hadiah untuk semua pelajar uni yang berjaya menghabiskan 55 credits dari tahun lepas.

Dapat 4 kupon makanan free di restaurant dan 1 badge untuk ditampal di baju.
Macam budak²kan bunyinya? Tapi saya gembira bukan main sebab dah lama tak dapat hadiah dari sekolah. Hahahaha
Tahun lepas saya pergi kelas² wajib untuk master degree saya. Di kesempatan yang ada saya pergi kelas lain untuk suka² juga (sebab kelas sini free. So pergi je la ambil kelas apa2 pun kat uni). Bila tengok transcript, rupanya dah kutip 76 credits. Yeszaaa! Tak perasan pun sebab banyak kelas yg menarik yg banyak buat saya fikir dan terfikir.
Anyway, sebab dapat hadiah, ditambah dengan kata² semangat dalam surat cinta yang uni bagi, terus naik semangat dan motivasi nak pergi uni. Tapi uni dah tutup sebab dah malam haha

Wednesday, 18 November 2015

Sambungan Edisi UPSR

Yeszaaa! Ramai yg baca pos lepas. Harapnya baca pos ni jugak sebab ni sambungan.
Lepas baca pos lepas mesti berapi-api kan? Saya pun rasa cam nak mati duk sini menelan pahitnya kebenaran. Tapi telan juga, pastu tulis untuk beritahu semua.
Anyway, bawa api tu untuk steps selanjutnya. Saya bukan pakar, bukan orang berlagak ilmu, bukan sapa-sapa pun lah. Saya Azmira aje. So saya nak tulis steps yang boleh kita buat lepas dah berapi-api baca pos lepas sebab saya kena bertanggungjawab dengan pos yg saya tulis.
Memang pahit untuk ditelan. Tapi atas semangat cintakan Malaysia, jom tgk apa yg kita boleh buat untuk sementara ini:
Soalan-
1) Apa yg kita nak buat now? I orang kecil je. 
Change comes from within. First2 sekali, kita ubah mindset kita. Terapkan budaya cintakan ilmu, bukan gred, dalam diri kita dan orang sekeliling kita. Ada org tak mampu di sekolah, tapi cemerlang di luar. Kenapa? Sebab kepandaian dia di bidang lain (sila Google multiple intelligences by Gardner jika belum tahu) tapi tidak di 'test' di sekolah. Jadi boleh nampakkan kenapa gred A tak penting, tapi ilmu lebih penting? Kalau anda pentingkan ilmu, secara tak langsung A akan datang berderet2. Tp kalau tak dapat A pun, semak semula apa benda baru yg ada dah belajar. Compare diri dengan diri sendiri yg lepas, bukan dengan orang lain.

2) So mcm mana nak ubah kementerian?
Jangan lupa kementerian pun orang juga. Kawan kita juga, jiran kita juga. Saya pun bawah kementerian sebelum sambung belajar kat sini. Terapkan dalam minda, "kalau saya boleh nampak ni, mesti org lain pun boleh". Guna pendekatan penuh kasih sayang bila nak mengubah sesuatu. Persuade, bukan paksa. Negotiate, bukan maki. Memang kena ada banyak kesabaran, tapi tu la. Sabar yo la. Kalau kita ubah mindset kita, orang sekeliling pun akan mengikut. Jadi kita buat mcm domino efek, sikit2 lama2 jadi bukit. Persuade diri kita n rakan2 sekeliling dulu untuk nampak benda yg kita nampak. Dalam seribu kawan kita tu, mesti ada yg kerja dalam kementerian yg mempunyai kuasa utk menerima feedback dan memperbaiki sistem.

3) banyak sgt ubah2 dalam kementerian, murid2 pening. 
Betul. Kebanyakan negara maju, ubah kurikulum 10 tahun sekali. Tp pembaikan dibuat dengan kerap. Jadi, jika ada pembaharuan dalam sistem Malaysia, baca dulu, jangan kutuk dulu. Ramai kat Malaysia suka jump into conclusion tanpa membaca. Ramai je yg komen semalam tapi tak baca pun apa saya tulis. Pehtu nak kena explain banyak2 kali. Penat k. Dah la free. Saya charge sorang singgit kang korang kata tamak harta pula. K lepas dah baca pembaharuan tu, fahamkan dulu. Tengok negara2 lain pula. Dah dapat input, kita suarakan pada tempat2 yg ramai orang dengar, contohnya group2 education yang berlambak di fb ni. Bila ramai dah aware, ramai yg akan lebih terbuka dengan perubahan.

4) Kita pindah Finland la macam ni.
Tak selesaikan masalah. Menuntutlah ilmu sampai ke negara China pehtu baliklah korang ke negara masing-masing. Change is possible. Rujuk no 1.

5) Step yang paling penting.
Belajar memaafkan kesilapan diri sendiri dan orang lain. We learn from mistakes. Sebab tu mistakes sgt precious, baru kita boleh maju ke depan


Written with much love and respect,
Azmira Amran

Tuesday, 17 November 2015

Edisi UPSR

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.
Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.
Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:
1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.
2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?
3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place? Siapa yang buat sistem kasta ni? Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.
4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress. 
Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.

Pepsi Cola

Hari ni teacher Azmira busy pergi sekolah. Ajar anak-anak Finnish main Pepsi cola. Siap ajar lirik dalam BM okay.
"Pepsi cola,
Aiskrim soda,
Proton saga,
Buatan Malaysia!"
Sebab syok main Pepsi cola, budak2 ni pun jadi kerja menghafal Bahasa melayu ni.
Sebab syok main Pepsi cola, time kat kantin tgh beratur pun diorang main, time tunggu parents jemput lepas balik kelas tadi pun main jugak dalam salji² tu. Terharu tau.
Comel la kids


Tuesday, 27 October 2015

So dangerous

Ni muka happy pergi internship


Pastu baru selfie happy² tadi, kat depan tu dah tergolek dog.
Sebabnya.

Ni bukan lecah/becak, ni namanya black ice. Dia ice yang sama warna dengan jalan. Sekali nampak macam jalan berair, tapi sebenarnya berais.
Bahaya black ice ni sebab masa study kat NZ dulu, ada student Malaysia mati eksiden sebab kereta terbabas masuk dalam tasik lepas lalu atas black ice sebab kita tak biasa dengan konsep black ice ni. Ingat air biasa, rupanya beku dan licin.
Kat sini majoriti dah tukar tayar winter minggu ni, harapnya semua selamat lah

Monday, 26 October 2015

Survey

Ada sesiapa nak cuba buat macam ni untuk menambah mutu perkhidmatan?

Gambar ni diambil 2-3 minggu lepas depan kelas. Ada survey mudah untuk rakyat jelata dalam universiti undi pendapat mengenai apakah 3 aspek penting dalam sebuah syarahan.
Hasil dari survey ini boleh digunakan untuk diinterpretasikan bagi tujuan penambahbaikan, seperti:
A) aspek yang pelajar lebih gemar mengenai syarahan dari pensyarah mereka - dari situ boleh tahu apa yang berkesan apa yang tidak.
B) aspek yang digemari boleh direplikasi, ditiruvasi dan diguna sampailah basi sementara pelajar tengah suka. Barulah pelajar bermotivasi 😁
C) maklumat dari survey memberi pensyarah info yang berguna untuk plan sesi pengajaran mereka.
D) terdapat kotak 'other'. Jadi pelajar boleh masukkan apa-apa aspek tambahan yang dirasakan penting - ini akan memberi peluang kepada researcher untuk mengetahui aspek-aspek yang mereka terlepas pandang atau yang mereka tidak pernah tahu. Boleh mendapat info tambahan mengenai behaviour pelajar.
Jom cuba kat tempat kerja masing-masing

Saturday, 24 October 2015

Apa-apa je manusia

Semalam Zulhafidz Yahaya cakap pasal org add je terus pm ajak MLM. Yang ni pulak, baru add dah pm minta bukan²


Friday, 23 October 2015

Monday, 19 October 2015

Fractals

Tumpang tanya, ada sesiapa pernah jumpa sayur ini?


Kalau belum pernah lagi, hari ini saya belajar bahawa nama sayuran ini ialah Romanesco Broccoli. Ia juga dikenali sebagai Romanesque Cauliflower. Saya tidak pasti sayur ini adik-beradik broccoli atau cauliflower tetapi di supermarket ia diletak sebekas dengan cauliflower.
Pertama kali melihat sayur ini, terus teringat kepada pattern fractals. Fractal ialah pattern yang diulang-ulang dengan algoritma matematik yang sama sehingga infiniti. Sayur Romanesco ini mempunyai corak fractal mengikut nombor Fibonacci.
Sebab belum terbuka lagi hati nak cuba beli dan masak sayur ini, mengikut Wikipedia, sayur ini mempunyai rasa seakan cauliflower, cuma lebih rangup dan mempunyai rasa yang lebih mild/subtle dan nutty.
Malangnya, walaupun dicipta dengan corak yang mengikut algoritma matematik, orang yang makan sayur ini takkan jadi pandai matematik mahupun sepandai Fibonacci.
P/s: untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fibonacci fractals, sila tonton sini.
P/p/s: untuk mengetahui rupa fractals dan nak ralit tengok fractals, sila tonton sini.

Saturday, 17 October 2015

Happy birthday, Azmira

Happy 29th birthday.

Dear self,

Dah tua, please be wiser.

Yours truly.

Thursday, 15 October 2015

Biasa je rak ni

Dalam banyak-banyak benda di sini, mungkin ni salah satu benda paling saya gemari.

Rak penyangkut baju sejuk.
Tak canggih pun. Tiada benda istimewa pun rak penyangkut baju ni.
Yang canggih cumalah pada tahap integriti dan sikap orang sini.
Seperti yang diketahui, Finland negara sejuk dan jaket adalah benda yang sangat diperlukan. Rak penyangkut baju ini disediakan di pintu masuk mana-mana bangunan. Masuk bangunan dan gantung jaket di rak dan dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu ada pengawasan, pak guard mahupun cctv. Jaket yang ditinggalkan takkan hilang. Kalau tertinggal telefon dalam poket pun tak hilang. Sebab orang di sini faham betapa sakitnya kalau keluar dalam musim sejuk tanpa jaket. Dan orang di sini faham bahawa mencuri itu satu kesalahan. Maka sebab itu, jaket yang ditinggalkan tidak akan hilang.
Kalau ada kat Malaysia, agak-agaknya macam mana?

Tuesday, 13 October 2015

Monday, 12 October 2015

Thursday, 8 October 2015

Info mengenai Aurora Borealis

Sebab ada yang tanya, dan saya malas nak taip berkali-kali, rasanya lebih lengkap jika ditulis begini sahaja. Hehe

1. Juga dikenali dengan nama Northern Lights. Berlaku di kawasan berdekatan Kutub Utara. Di Kutub Selatan, ia dikenali sebagai Aurora Australis. (Ingat tak eksperimen batang magnet dan serbuk besi masa zaman sekolah dahulu? Serbuk besi akan menghasilkan corak yg kuat di bahagian kutub magnet. Begitulah juga medan magnet bumi).
2. Berlaku apabila partikel yang terhasil dari 'solar wind' matahari bertembung dengan medan magnetik bumi. Lebih kuat dan laju partikel yang datang dari 'solar wind' ini, lebih kuat Aurora akan kelihatan di medan magnetik bumi.
3. Finland adalah salah satu negara yang berada dalam lingkungan kutub utara. Negara-negara utara lain adalah Norway, Sweden, Canada, Iceland, Greenland.
4. Lebih kerap terjadi semasa musim sejuk. Nota: musim sejuk di Oulu bermula lebih kurang pada bulan 10/11 dan berakhir pada bulan 4/5. Pada musim sejuk, matahari jarang kelihatan. Keadaan gelap ini membolehkan aurora dilihat dengan jelas.
5. Planet-planet lain juga mengalami aurora di medan magnet planet mereka.
6. Aurora boleh dilihat dari kapal terbang yang berada dalam kawasan aurora.
7. Mengambil gambar dan video aurora adalah sangat mencabar kerana persekitaran yang gelap gelita. Kamera perlu disetkan dengan shutter speed yang lebih perlahan, aperture yang besar dan ISO yang lebih tinggi.
8. Pada pendapat saya, Aurora Borealis kelihatan seperti langsir laser yang ditiup angin. Menonton aurora pula memerlukan keazaman yang tinggi kerana suhu di luar amat rendah. Tapi nasib baik semalam suhu cuma -4°. Semasa di Lapland tahun lepas, saya menonton aurora dalam suhu -20°. Tapi sempat juga berpiknik, bawa air teh dalam termos dan sandwich digulung dalam aluminium foil. Walaubagaimanapun, kaki sudah kebas walaupun memakai boots berketahanan -20°. Jadi, ya, memerlukan keazaman yang tinggi.
Nah video aurora. Tetapi ni video pada bulan 3 tempoh hari.


Wednesday, 7 October 2015

Kawan lama datang melawat

Tadi tengah rehat-rehat dalam bilik, tengok movie kat laptop. Pandang luar tingkap, nah kau. Cepat-cepat lari turun bawah nak ambil gambar.
Dalam hati tak boleh berhenti menyanyi:
Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar






For full album, please click here.