Thursday 19 November 2015

Teacher Tina

Eh ehhh! Dah 3 minggu dah since I first shared cikgu hebat di Malaysia. Sepatutnya nak post tiap2 Isnin, tapi tergendala sebab pos panas UPSR tu. Hehe. Teringat saya ada tulis 2 Nov lepas, "Tapi kalau bercerita isu² kedai kopi ni, kenapa tah orang suka marah² bila bagi pendapat. Jangan gaduh² ya nanti. Rotan sorang² kang."
Kalau ikutkan kat bahagian komen tu, dah ramai yg nak kena rotan ðŸ˜‚
So anyway, cikgu hebat today is a teacher yg saya kenal di Sarawak. Beliau guru primary yg sangat cemerlang sebab beliau menerapkan pelbagai teknik dalam pengajaran beliau. Kalau ada game best², beliau tak lokek ilmu share dengan semua cikgu² lain. Anak² murid beliau enjoy memanjang dalam kelas sebab beliau buat pelbagai jenis game ilmiah untuk ajar English. She is just superduperawesome like that. Her name is Tina Johari.


Saya tanya beliau, apa cabaran paling susah sebab beliau nampak steady je ajar primary kids. Beliau jawab:
"Cabaran paling susah I rasa is nak hilangkan rasa takut budak dengan benda yang diorang belajar. Macam my kids la especially, diorang tak berani nak speaking sebab takut salah or malu. Tapi idea diorang banyak. Part nak suruh diorang berani tu yang susah. Kita dari dulu dah terbiasa dengan kalau tak pandai baik diam. Kalau bercakap buat malu jer. Ha gitu."
Betul jugak tu Teacher Tina. All the best ye, beliau baru tukar sekolah baru minggu lepas.

No comments:

Post a Comment