Friday, 30 October 2015

#grammarnazi #englishteacher

Eh eh korang niii jangan salah faham saya bukan ‪#‎grammarnazi‬

Saya seorang educator dan juga seorang learner. I believe in organic education. Maksudnya, pembelajaran tidak formal secara organik / natural. Saya lihat education sebagai proses yang organik dalam hidup manusia, bukan sebagai sesuatu yang perlu dibuat untuk exam. Dan bukan hanya mengenai English language.

Jadi, bila saya tulis sesuatu, niatnya bukan untuk 'mengajar' orang. Niatnya, something like this: "omg omg I know something interesting today, nak tau tak???" (Sebab saya memang jenis excited tak tentu arah macam ni)

Sambil mengopi, kita cerita apa yang jadi kat dunia dan kat diri kita.
Sambil gosip², kita belajar benda baru.
Tak kisahlah guna bahasa apa, asalkan mesej tu sampai.
Tak kisahlah kalau kita belajar benda baru dari budak berumur 5 tahun atau jiran depan rumah atau pakcik guard kat bank atau professor whatsoever.

Yang penting, hari ni kita jadi lebih baik dari semalam. Kan kan?

Untuk sesiapa yang tertinggal tren, saya sekarang tengah buat master di Finland. Dalam kelas saya ada 27 orang, dari 17 negara berlainan. Setiap hari makin banyak saya belajar dari mereka ni. English diorang bersepah teruk tapi boleh aje mesej tu sampai.

Semalam sahaja 3 orang dari benua lain² datang makan nasi lauk telur dadar dengan sayur campur kat rumah saya. Nak tahu topik apa kami borak?
- lagu Adele yang baru tajuk 'Hello' tu
- Gender (jantina) dan isu² diskriminasi
- kalau kita boleh buat polisi pendidikan, apa kita nak buat kat negara masing²
- kutuk² movie 50 shades of Grey

Gembira sangat berborak² macam ni, tapi lepas tu berisi. Ini la maksud saya organic education. Belajar bukan untuk exam, tapi untuk jadi lebih baik dari semalam. Belajar sambil2 makan aiskrim kacang. Bukan untuk menyalahkan orang lain.

Sorry for the long post. Nah gambar rumput ais depan rumah


No comments:

Post a Comment