Hari ni seharian kat uni. Balik rumah penat sangat. Sambil rehat² ni buka la Facebook.
Pastu baca komen-komen kat ada satu page ni, tengok ramai juga yang komen dalam Bahasa Inggeris. Wahhhhhhh bagusnya!! Tapi ada juga silap sana sini sikit. Contohnya:
✖ "That's mean, _____"
Salah ni kalau nak cakap 'maksudnya,___'. Kalau guna "That's mean", ia membawa maksud 'Jahatnya'. Nampak bezanya tu kan?
✔ Sepatutnya, "That means, ____".
✳ Contoh ayat: "That means, he wants to sleep now?" / "Maksudnya, dia nak tidur sekarang?".

✖ "Please take noted _____"
Sebab ayat ni ayat aktif, jadi perkataan noted tu tak boleh tambah d.
✔ Sepatutnya, "Please take note ___", ia membawa maksud, 'sila beri perhatian'. Orang yang reply pula akan jawab "Noted" atau 'telah diberi perhatian'.
✳ Contoh ayat: "Please take note that we only accept Ringgit Malaysia". / " Sila beri perhatian, kami cuma menerima RM sahaja".

✖ "Congrates"
Mohon siapa² tolong ikat orang yang cakap congrates ni kat pokok dan suruh kerengga gigit. Sebab rasanya ramai yang dah tegur pasal congrates ni. Congrates tu bukan singkatan congratulations ya, mohon kerengga gigit kuat² kalau tak ingat.
✔ Sepatutnya "Congrats" (singkatan) atau "Congratulations" (penuh)
✳ "Congratulations on your graduation!"

✖ "Thank" / "Thanks you"
Tak tau nak cakap apa la.
✔ Sepatutnya, "Thanks" / "Thank you". Sebab thanks adalah singkatan thank you.

✖ " Can I try your vape on"
'Vape on' tu macam slogan, ia membawa maksud 'teruskan menge-vape'. 'vaporizer' pula benda asap² tu. Eh vape dalam Bahasa Melayu apa?
✳ Contoh ayat: "Vape on, bro" atau "Can I try your vaporizer?"

✖ "Your so kind" / "You're kari ayam is delicious".
Masalah your / you're ni memang masalah sejagat. Walaupun orang putih sendiri pun buat silap ni. Aih.
✔ Sepatutnya kena tengok maksud. Your tu maksudnya 'kau punya'. You're tu pula singkatan 'You are', maksudnya 'awak adalah'.
✳ contoh ayat: "You're so kind". " Your kari ayam is delicious".

Lagi apa eh?
"Please take noted" ❌
ReplyDelete"Please be noted " ✅
Sakit mata tgk yang take noted. 😅
ReplyDelete