Sunday, 20 September 2015

Nak belajar kat Finland ke?

Ada sesiapa berminat hendak menyambung pelajaran di sini?
Yang penting kena ada kebenaran cuti belajar dari kementerian dan duit belanja minimum 560€ sebulan.
Disebabkan saya tidak ada duit sebanyak itu, pada tahun 2013 saya memohon dari Bahagian Tajaan untuk memberi Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa.
Tunggu setahun, permohonan ini ditolak walaupun sudah mendapat tawaran dari universiti. Patah jiwa, hilang semangat jugalah selama setahun. Tapi tekad juga dalam hati nak ke sini. Makanya saya memohon tangguh setahun dari universiti.
Pada tahun 2014, saya cuba memohon semula CBBPTB dan diluluskan! Kelam kabut juga membuat persiapan dalam tempoh pendek, kahwin secara kecil-kecilan (takde nasi minyak pun tapi gembira je sampai sekarang, alhamdulillah) dan ikat perut, ikat tangan dari shopping untuk beli tiket dan terus ke Finland.
Terbuka mata dengan cara pemikiran rakan sekelas yang datang dari 16 negara lain. Terbuka mata bila melawat sekolah-sekolah di sekeliling Oulu untuk subjek Nordic Education. Terbuka juga mata melihat sistem welfare di sini. Terbuka juga mata dan hati bila tengok Aurora Borealis dekat tepi tasik dekat rumah. Worth every pain that I had to go through. Mungkin sebab kesusahan itu, buat semua benda jadi lebih bermakna.
Kalau ada sesiapa berminat hendak belajar di sini, tiada yuran dikenakan, tetapi cuma perlu ada duit belanja bulanan dan insya Allah saya akan tolong semana mampu berdasarkan pengalaman yang ada.
Senarai international programme boleh cek kat sini: www.oulu.fi/degree/master_programmes#content

No comments:

Post a Comment