Saturday, 19 September 2015

Demonstrasi

Semalam hujan.
Hujan lebat. Semalam juga ada strike satu Finland sebab kerajaan nak cutback perbelanjaan dalam negeri. Tapi macam biasalah, cutback dari orang biasa, yang berkuasa dan yang top 1% tak disentuh.
.
Semua perkhidmatan diberhentikan: bas, tren, sekolah, kapal terbang, etc. Bersatu hati betul orang kat sini buat strike. Semua turun padang buat demonstrasi aman di Helsinki. Yang pakcik-pakcik bas yang bercuti tu, siap bawa orang dari segala ceruk Finland untuk turun ke Helsinki untuk demonstrasi.
.
Anyway.
.
Sebab semalam hujan lebat (tak pernah hujan selebat ni sebelum-sebelum ni), terowong basikal dekat dengan rumah tenggelam dengan air. Dan sebab semalam strike, perkhidmatan bas diberhentikan semalaman. Dan sebab bas tiada, Pavi kena pergi kerja naik basikal.
.
Sampai kat terowong basikal tu, Pavi meluncur masuk macam gelongsor kat Sunway Lagoon <-- this is what he said.
.
Nasib baik tak mati. Kalau tak, tak pasal² status semalam orang komen: mendiang baik orangnya.

No comments:

Post a Comment