Aku macam dah menyampah tahap gaban ni. If u are a driver, I guess you would have noticed these:
1) Papan tanda jalan selepas simpang. Especially true kat highway2. Pehtu orang yg tatau jalan kelam kelibut signal2 ke kiri sebab baru nampak sign. Selalunya kalau simpang satu ke kiri, satu ke kanan. Pehtu mesti dia letak signboard tu kat tengah2, kan? Tapi mcm dah terlepas dari simpang. Napa tak wat papan tanda at least 100meter sebelum the actual simpang? And then kerajaan complain rakyat Malaysia memandu seperti ayam. Ops Sikap kononnya tak berjaya mengubah mentaliti rakyat pemandu. Wahai JKR, aku ni rabun, especially waktu malam. Tolong la jangan wat papan tanda lepas simpang.
2) Papan tanda jalan berlapis2. Lepas satu papan tanda, ade satu lagi papan tanda kat belakang dia dalam jarak 3-4 kaki je. Mana nak nampak, kot? Kadang2 berlapis2 papan tanda sampai tak nampak. Pehtu macam biasa la, seperti ayam kau melintas tiba2, or buat U-turn tiba2. Pastu keta belakang langgar kau ramai2. Setupid, ai het yu kereta Nissan Sunny kaler biru grey, habis keta gua kena langgar dari belakang sebab gua brek tiba2 nak elak kau yang buat U-turn tiba2 kat tempat takleh U-turn (baru peh turun selekoh berbukit).
3) Jalan berlubang2. Dalam cubaan mesra JKR utk mendekati rakyat, mereka pon ambil inisiatif nak tutup lubang, tapi, mereka tampal sikit2 jalan, jadi bertampok2 hitam dan kelabu jalan kita. Lepas seminggu, berlubang balik tempat yang sama. Kenapa tak tar terus semua bahagian? Paling aku angin kalau tgh selekoh pehtu jalan berlubang. Sama ada aku terbabas sikit + allignment kereta lari sebab termasuk lubang, atau aku terlanggar pakcik motor sebab nak elak lubang.
4) Tol gila babi mahal dengan jarak tak sampai 5km. Encik kerinting duduk di Sunway, aku plak at the moment duk rumah makcik aku kat Puchong dekat ngn IOI mall. Hari-hari aku drive ke Sunway sebab nak makan kat mamak ngn Encik. Hari-hari jugak la aku bayar Rm3.20 kat Plus padahal jarak rumah makcik aku dengan rumah Encik tak sampai 5 minit. Cuba buat sedikit math, Rm3.20 kali ngn kata la 5 hari seminggu aku nak makan kat mamak. Seminggu dah Rm16 ringgit. Kali ngn sebulan? Dah RM64!. Tu baru aku sorang je lalu situ. Kat situ selalu jam, sebab ramai orang guna tol tu. Kata la satu hari minimum 2000 kereta lalu situ (aku rasa mmg lebih), dah brape ringgit diorang dapat? Kali ngn sebulan? Mereka kata duit ni utk maintenance and bayar gaji pekerja. Tapi kamon, kita semua tahu orang kaya akan bertambah kaya, orang misken, hmm stay kat situ je la kau. Bukan aku nak cakap NZ tu bagus sangat, tapi at least diroang ade minimum gaji. Setara ngn kenaikan harga barang. Kat Malaysia? Kau keje macam pencacai pon gaji kau tetap RM6 sejam? Pastu nak taruk harga tol mahal2 supaya kau orang2 kaya boleh bayar zakat fitrah guna duit orang susah?
5) Rakyat pemandu yang tak reti bagi signal dan suka potong queue. Enough said, kalau korang drive, korang pon boleh jumpa berapa ramai orang mcm ni.
6) Pakcik polis yang suka menyakat orang dan memeras ugut. Cerita satu:Ade satu hari yang malang ni, aku naik kereta kawan aku drive. Kawan ni pon pandai sangat, dia pegi on the phone masa drive, pastu pakcik polis naik motor tahan kereta kami. Then dia panggil kawan aku yg drive tu keluar, then dia nak settle cepat. Then dia mintak RM30 'duit minum kopi supaya aku takyah bagi kau surat saman'. Masa tu kami dalam kereta tu takde duit kecil. Or besa. Masa tu dalam wallet aku ade satu helai je duit RM50 buat belanja sampai hujung minggu. Pakcik polis tu cakap "takpe, saya pergi tukar duit tu kat stesen minyak sebelah ni". Then dia terus amik duit aku and kononnya terus pergi ke stesen minyak tu, tapi terus melarikan diri dengan duit aku tu. Cibai lu.
P/S: Aku lagi sanggup kena saman dari bagi kau duit. Yang kawan aku tu pon sama bangang ngan encik polis tu. Kenapa kau setuju nak bagi rasuah? Haish.
Cerita dua: Abah aku jual telur itik kat kampung, jual tepi jalan je. Tapi pakcik polis selalu parking dekat depan across tempat abah berniaga tu, and then mereka tahan2 orang. Sebab dekat je, kitorang selalu dengar perbualan pakcik polis dengan pesalah trafik.
Pakcik polis: "So macam mana nak settle ni? Nak saman RM300 (sambil teran2 perkataan tiga ratus tu) ke, atau nak settle dengan duit kopi?"
Pesalah trafik: "Tapi datuk, saya takde duit ni, cukup2 ade RM50 untuk sampai kat kampung"
Pakcik Polis: "Kalau tak cukup RM50, terpaksa la saya saman"
Pesalah trafik: "Alah datuk. Pelisssss pelissss"
Pakcik Polis: "SOO macam mana nak settle ni?"
Pesalah trafik: "RM50 pon RM50 la. Dari saya kena bayar RM300"
Aku sumpah kau-kau yang makan duit rasuah.
7) Lampu hijau kat trafik light dah seminggu menyala, kau baru nak masuk gear satu / gear D. Lepas tu bila kau dah lepas kereta kau sorang2, orang lain yang berderet2 kat belakang kau tu duk nyumpah2 sebab lampu dah tukar merah. TOLONGLAAAAAAA rakyat pemandu, be alert. Kalau kau rasa bila kau borak2 ngn kawan co-pilot kau boleh menyebabkan kau leka, tolongla berhenti kejap. Kalau kau rasa kau boleh mekap kejap lagi, bukan sambil tunggu lampu hijau, tolong la jangan buat. Especially YOU, driver2 Seremban.
Tolonglah JKR dan pemandu2. Kita duk sibuk buat Ops Sikap pon takkan berjaya if takde kerjasama dari semua pihak. Make our roads safer: takde lubang, takde selekoh berbahaya, takde papan tanda bersimpang siur. Then only we can consentrate on educating the drivers' attitudes. Bila jalan raya pon tak betul, apakan harapan yang ada kat pemandu2?
Aku nak link gambar2 kemalangan ngeri. Tapi busuk plak blog aku nanti. So korang google this: "Kemalangan ngeri" kat google images. Tengok sendiri.
Lagu tema post ini: Killer Cars by Radiohead.
whoa.... gle punye observation
ReplyDeleteI rasa macam nak wat action research aje pasal ni. Too bad its not school related yang boleh wat i naik pangkat ke apa. dem.
ReplyDeleteaku cam dapat bayangkan ko cakap2 menda yg ko tulis ni..haha .
ReplyDeleteaku paling lama penah bawak keta kat kl ni pun 2 minggu. tp aku rs aku bleyh paham sume points ko..especially no.3 sm gak cam kat sabah tu ha..jgn cakap la..no.4, mmg dah jadi universally acknowledged sucky fact kan.
no.5, naik moto pun aku slalu bleyh observe n jadi mangsa..dgr apek maki2 driver laen kan. xplanation no.7 specially buat aku gelak..;)
no.6, mak aku pon sama. sanggup bg duit kopi. tp seminggu sblm dpt lesen P ak 5 thn dulu, aku kene saman sbb drive xda lesen lg. sggup bayar smn tp buat rayuan dapat diskaun 50% sbb ak anak org miskin. hahahaaa
btw. killer cars yeah!
hidup radiohead~ ^^
ReplyDelete