Thursday 26 November 2015

Edisi parenting

Tips parenting Encik Amran dan Puan Shamsiah.
Saya masih dalam mood homesick ni. Rindu mak, abah dan along. So, saya nak share pengalaman saya dan along yang dibesarkan oleh mak abah saya. Saya takde anak lagi. Tapi kalau ada anak nanti, cita-cita saya nak jadi macam mak and abah.
1) Jauh perjalanan luas pemandangan.
Mak dan abah nak anak-anak dia tahu pasal negara sendiri. Beliau cakap, sebelum gatal nak travel ke negara orang, kenali dulu Malaysia. Disebabkan itu, tiap-tiap tahun kami buat family road trip menjelajah Malaysia. Menjelajah bukan duduk dalam hotel. Kami tidur dalam van atau berkhemah atau kalau terpaksa, di hotel budget. Bawa dapur kecil, khemah, beras dan periuk. Jadi takde masalah kalau tak cukup duit nak beli makanan. Sebab kita pun bukan orang senang. Sebelum travel, kami buka peta. Abah akan cakap, "okay kali ni kita jelajah utara". Pastu kami sama2 trace jalan untuk ke tempat yang dituju. Sambil tu identify semua muzium dan tempat bersejarah di sepanjang jalan. Lawat semua tempat2 ni. Setakat ni saya tak sampai Labuan je lagi, yang tempat lain mak abah dah bawa pergi melawat.
2) Take the road less travelled (macam Robert Frost punya poem)
Kami tak guna highway kecuali kalau terpaksa. Perjalanan dari Seremban ke Langkawi dalam trip paling latest itu hari ambil masa lebih kurang 10-12jam sebab kami lalu jalan west coast. Singgah gerai tepi jalan, singgah kampung2, berehat kejap tepi pantai, lepas tu baru drive semula. Kalau sesat jalan pun takpe, sebab memang tujuannya nak pergi belajar tentang tempat orang.
3) Jangan takut sesat, jangan takut silap, tapi always on survival mode.
Mak abah nak anak2 dia reti buat semua benda. Selalu je kami kena campak buat benda sendiri dan survive sendiri. Abah cakap semua orang kena jadi McGyver, kena selalu ada plan A, B, C kalau ada masalah. Darjah 6 nak buat IC, abah parking depan JPN, suruh pergi buat IC sendiri. Ambil gambar dan fotostat surat beranak kat tingkat 1, buat IC kat tingkat 3, abah pesan. Sedih gila time tu. Tapi rupanya nampak abah ada tunggu sekali, tapi dari jauh la. ahahaha. Terbiasa dengan survival mode, sampaikan masa tingkatan 1, saya di offer masuk sekolah berasrama penuh. Pergi jap. Tak tahan dengan budaya rutin. Sebab saya dibesarkan dengan bukan rutin. Masa prep yang disediakan bukan time belajar saya, saya study pukul 3 pagi onwards. Petang masa tidur saya. Tapi kat asrama diorang paksa saya jadi bukan saya. Jadi 1st month duk asrama, saya dah ada subjek2 yang dapat E. Jadi saya pergi jumpa pengetua, saya bincang dengan beliau, beritahu, 'saya tak boleh adapt jadi saya nak keluar, yuran yg dah bayar tu, puan sedekah je la ke sekolah'. Lepas tu call mak and abah, suruh jemput. Cakap dah keluar dari sekolah tu. Ni buat ni masa saya 13 tahun yeh.
4) Always reward, less punishment. 
Masa kecil dulu, puasa benda paling susah. So abah janji kat anak2 dia, kalau boleh tahan sampai abah balik kerja, nanti abah bawa jalan satu Negeri Sembilan sampai la dekat time nak berbuka. So tahan je la puasa sebab nak pergi jalan punya pasal. Darjah 6 pula, saya tak dapat 5A. Bahasa Malaysia dapat B. Sedih, balik nangis sebab kawan2 dapat 5A. Mak tanya, "dah buat yang terbaik ke?". Saya cakap la "ha laa. tatau kenapa dapat B *nangis2*". Mak jawab, "Okay la tu". Habis camtu je. Lepas tu PMR start belajar rajin2 sebab nak impress cikgu English kat sekolah tu (Mrs. Das). Pastu dapatlah 8A sebab dah pulun habis-habisan. Abah tanya, nak hadiah apa. Saya jawab, nak gitar. Dapatlah gitar yg sampai sekarang ada lagi. Gitar PMR saya. Ada sekali saya dapat punishment because saya biadap kat mak. Abah masuk bilik, cakap "kenapa buat mak camtu? dulu masa amy kecil2 ingat tak amy cakap nak jadi nurse bila-bila mak demam". CAMTU JE. TERUS INSAF SAMPAI SEKARANG.
5) Always be truthful to your kids. 
Along is not my biological brother. Mak and abah kahwin 12 tahun takde anak. Lepas ambil along, saya pun datang. So Along is our family's rezeki. Mak and abah beritahu along masa umur beliau 3 tahun yang beliau di adopt. Mak abah jelaskan supaya kami faham. Kami semua juga rapat dengan 'Mak' kedua saya, iaitu mak biological along saya. Pastu, kalau tengah susah, sama2 susah, buat cara susah. Kalau senang, sama-sama pergi makan kat luar. Dalam family takde main sorok2 ni.
6) Total freedom tapi jangan sampai mak abah tak percaya lagi dah.
This is sacred. Mak cakap ni dulu. TAKUT SAMPAI SEKARANG sebab taknak hampakan mak abah.
7) Always question. Everything.
Abah jenis degil. Sama la macam anak dia. Kat rumah kitorang selalu gaduh. Tengok berita pun gaduh. Main game computer pun gaduh. Abah cakap ni, saya cakap tu. Btw abah pesan jangan percaya semua benda, tengok dulu, pikir dulu, pastu tengok lagi. Baru percaya. Kalau 'kalah gaduh' belum pernah lagi abah cakap "Diamlah, kau ni budak kecil je tak paham apa2".
8) Potensi anak-anak tu lain. Cara sokongan pun lain
Mak abah tau saya dan along jenis lain. Saya jenis degil bising, along jenis degil diam. Saya suka buku, along suka kereta. Habis je sekolah, abah suruh along pergi belajar kemahiran kereta. Saya pulak abah suruh jadi cikgu. Masa along start masuk pertandingan touge kereta, abah orang paling excited. Siap nak beli jaket kulit kat along in case kereta terbalik, so takde la cedera teruk. Race waktu malam kat litar Melaka, petang tu kami satu family dah sampai kat litar nak bagi sokongan kat along. Hari pertama buku kanak-kanak yang saya buat keluar, mak abah bawa semua orang pergi karangkraf untuk sokong. Mak abah tak kisah kitorang nak jadi apa, asalkan kena beri yang terbaik semampu yang boleh.
My mak and abah are still human though. They have their faults. Tapi anak-anak mereka elok je jadi orang. I'm proud of them because they are the reasons for me being me. Yang jahat tu saya sendiri la. Tu mak abah tak pernah ajar.
So kesimpulannya, kalau lalu Ulu Bendul nak menghala K.Pilah tu, cakap la hai kat mak abah saya yang tengah jual tolo itik tu. Ni nak hujung tahun ni, kadang-kadang abah bagi calendar "Tolo Itik Ulu Bendul (TIUB)" free kat customers. Heheh

No comments:

Post a Comment