Thursday 12 November 2015

Beza cikgu bahasa dengan grammarnazi

Beza guru bahasa dan ‪#‎grammarnazi‬
Terdapat banyak kajian mengenai efek menegur anak²/ pelajar / kawan-kawan ketika cuba berbahasa Inggeris.
Ramai yang baru² nak belajar bercakap, terus kena tembak dengan kawan² yang pandai ni. Dari segi pembetulan, ya mungkin membantu mereka dari membuat kesilapan yang sama. Tapi ia boleh menyebabkan ramai yang baru nak berani bercakap terus terbantut niatnya. Motivasi terus merudum. Terus tak nak cakap English atau BM atau apa-apa bahasa yang sedang dipelajarinya.
Sebab itu, kita kena faham tujuan belajar bahasa: sama ada untuk Fluency (Kelancaran) atau Accuracy (Ketepatan).
Jika nak fokus kepada Fluency:
Bila seseorang sedang belajar bercakap bahasa baru, dia masih belajar cara untuk menyampaikan mesej dalam bahasa baru tersebut. Jadi, kita haruslah menggalakkan beliau MENERUSKAN PERBUALAN TANPA TERLALU MEMBETULKAN AYAT yang digunakan beliau. Jika tidak, motivasi untuk belajar akan merudum dan beliau terus taubat taknak cuba cakap lagi dah. Contohnya, jika beliau cakap, "Today are hot. I wants to shower myself" (Ayat betul: Today is hot. I want to take a shower).
Grammarnazi akan respond begini: "Today IS hot lah! I WANT, mana ada 's'".
Cikgu bahasa akan respond begini: "It is hot. Today is hot, isn't it? I want to take a shower later too".
Note that cikgu bahasa akan membetulkan perkataan dengan mengulang semula ayat dengan cara yang betul, tetapi fokusnya masih untuk melatih pelajar untuk terus bercakap. Jika dia perasan, bagus. Kalau tak perasan pun, masih bagus kerana motivasi untuk cuba bercakap masih ada. Yang penting, komunikasi berlaku dalam bahasa target, mesej sampai walaupun broken.
Jika nak fokus kepada Accuracy:
Bila seseorang sudah yakin untuk bercakap dengan agak lancar dan ingin menggunakan ayat yang tepat dan jitu, kita bolehlah menggalakkan beliau dengan MEMBERI CONTOH AYAT YANG BETUL. Contohnya: "Eh how do you say 'saya nak masuk tidur'? I want sleep yeh?"
Cikgu bahasa akan respond begini: "You may use the expression 'I'm going to bed' if you feel sleepy and you need to sleep".
Jangan tersilap. Ada juga guru yang grammarnazi. Saya tak pasti macam mana pelajar nak berminat untuk belajar jika cikgu sendiri tidak menyediakan 'safe space' untuk pelajar buat mistakes.
So, everyone, teachers or not, meh put your language teacher's hat on and berhemah la bila menggalakkan anak²/ adik²/ kawan² yang baru nak belajar bercakap dalam bahasa baru, whether it is English, Malay, Chinese, Tamil mahupun Finnish.

No comments:

Post a Comment