Ramai juga orang hantar mesej dan tanya;
"Susah tak belajar Bahasa Finnish?"
Jujurnya?
Sangat susah. (Nangis)
Setiap pelajar asing di universiti ini perlu mengambil kelas Survival Finnish untuk mempelajari bahasa Finnish untuk keperluan harian kerana di sini, semuanya ditulis dalam Finnish. Mungkin di Helsinki lebih ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Tetapi Oulu, tempat tinggal saya, is equivalent to Kuala Pilah.
Setakat ini, saya telah mengambil tiga level: Survival Finnish, Beginners 1 dan Beginners 2. Tetapi tahap penguasaan Bahasa Finnish masih sangat lemah. Tatabahasa Bahasa Finnish sangatlah sukar, membuatkan tatabahasa Bahasa Inggeris secara perbandingannya, sangatlah mudah.
Namun, masih ada semangat lagi nak belajar bahasa yang satu ni. Pendek kata, sekarang ni saya di tahap ini: "Merah ka? Hijau ka? Berapa mau kasi masuk?". Tetapi orang sini penyabar dengan saya yang tergagap-gagap menyusun perkataan dan menggunakan tatabahasa yang teruk.
Hari ni, kalau terjumpa bangsa asing yang sedang belajar Bahasa Melayu, please be nice. Sebab belajar bahasa bukan senang.
p/s: nak belajar sikit2 Bahasa Finnish tak? Kita belajar dalam Bahasa Melayu. Apa kata survey?
No comments:
Post a Comment