Monday, 30 November 2015

Advice/advise

Geli hati pun ada bila raaaaaaaaamai sangat suruh pos pasal 'Advice vs. Advise' ni. Satu sebab raaaaamai yang suruh pos ni sebab sendiri tak tahu, dan satu lagi raaaamai juga yang suruh pos sebab dah tak tahan terkenyit mata tengok orang lain salah guna 'Advice vs. Advise'.
Korang team mana? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
So anyway, this is a good question. Sebabnya. Kekeliruan tu berpunca dari maksud advice/advise dalam BM.
Bila kita sebut perkataan 'Nasihat', dalam BM boleh membawa maksud
1) sebuah nasihat (kata nama/noun)
2) sedang menasihatkan (kata kerja/verb)
Right?
SOOOO. Again, macam -ce vs. -t punya problem, masalah advice/advise ni pun kacang gilaaaa.
Nasihat - kata nama. (noun)
-"Meh saya bagi sebuah nasihat kat awak" / "Let me give you an advICE."
-"Omak bagi nasihat panjang lebar pagi tadi kat saya" / "This morning my mum gave me a lengthy advICE"
MEnasihatKAN - kat kerja (verb)
"Saya nasihatkan awak supaya pergi cari kerja" / "I advISE you to get a job"
"Doktor itu nasihatkan dia supaya jangan merokok" / "The doctor advISED him to stop smoking"
Macam masalah -ce vs. -t itu hari, cuba ingat ni je:
Kalau takde tambahan kat perkataan BM 'nasihat' tu, gunalah ending -ICE. Kalau ada tambahan kat perkataan BM 'nasihat' tu seperti 'MEnasihatKAN/MEnasihatI/nasihatKAN' silalah guna ending -ISE.
By the way, sebutan dia pun lain sikit tau. Advice sebutan dia ed-VAIS. Advise pulak sebutan dia ed-VAIZ.
Okay? Got it? Jangan silap lagi k. Siapa silap lagi berdiri atas kerusi. kahkahkah

Teacher Momozizitata

Today saya nak introduce my cousin, seorang English teacher juga. She's an excellent teacher, ramai anak murid yang sayang beliau walaupun dah lama tinggalkan sekolah.
She is definitely a woman made of steel. Bukan sebab beliau mengajar di sekolah yang mempunyai disiplin teruk. But she is given tests that I don't think many of us shared. I think because Allah knows she is strong enough to withstand anything given to her.
Satu, papa yang disayangi (my paklang) sekarang critical di hospital. She is also the only girl in the family, so it is almost natural that my maklang would be very much attached to her. Beliau kehilangan abang sulung yang beliau sangat rapat (actually semua orang rapat dengan Along because he was just a darling to everyone) dan kehilangan Along masih sangat dirasai beliau.
Keduanya, dua dari lima anak beliau adalah anak istimewa. Ini bukanlah bermakna beliau sedih dengan kehadiran mereka, tetapi apa yang perlu orang tahu ialah cabaran mempunyai anak istimewa ini lebih hebat dari cabaran mempunyai anak-anak normal. Beliau perlu memberi sepenuh perhatian dan memastikan keperluan mereka terjaga, sambil memastikan anak-anak lain menerima sepenuh perhatian juga. Juga memastikan anak-anak yang beliau ajar di sekolah menerima perhatian beliau. Sambil menjaga ayah yang tidak sihat. Sambil menjadi wife.
This woman, if anything, deserves all the best thing in the world, for being so strong. I know she falters sometimes, and I want her to know that it is okay, tapi she quickly regains kekuatan beliau. Because that's just who she is.

I have talked to her about this writing, and she gave me permission to write this so that people know that teachers are just human. Guru juga mempunyai life and then we have to put our happy face in front of the students even if we feel sad, or unhappy or angry or anything. Seperti juga semua orang lain dalam dunia. So just be nice to people, kita tak tahu apa struggle mereka. I was foolish enough spending almost my entire life being mean and angry, I hope it is not too late for me to be nice to people.

Friday, 27 November 2015

Poskad dari Finland

Hello lovely people.
Saya ada terfikir ni. Since saya di Finland, ada sesiapa tak yang nak saya hantarkan poskad dari sini?
Poskad bukan sebarang poskad, poskad designer dari Marimekko, okayyy. Marimekko ialah brand designer terkenal di Finland. Boleh tengok page diorang kat sini: 
https://marimekko.com/fi_fi/
So kalau nak hantar kat diri sendiri ke, nak hantar kat secret admirer ke, nak hantar kat boyfriend girlfriend ke, boleh lah eksyen sikit bila tengok setem cop dari Finland. Gitu.
So harga 1 poskad + postage ialah RM15. Sorry la kalau mahal, sebab sini pakai euro, kat sini 1 euro lebih kurang RM5. Tahun lepas 1 euro RM3.50 je. Tapi saya dengar kat Malaysia ada orang cakap 'baguslah duit turun'. Mesti orang tu tak belajar ekonomi. Haih.
So sambil dapat poskad Marimekko dari Finland, boleh juga bantu saya tambah duit belanja nak beli santan ke cili kering ke bila teringin nak makan nasi lemak *buat muka kesian sambil tahan nangis rindu kat nasi lemak*
Siapa nak poskad dari Finland, angkat tangan!!!
Lepas tu click kat online store ni k: 
https://azmiraamran.ecwid.com/

Kiitos paljon! / Terima kasih banyak!

Thursday, 26 November 2015

Edisi parenting

Tips parenting Encik Amran dan Puan Shamsiah.
Saya masih dalam mood homesick ni. Rindu mak, abah dan along. So, saya nak share pengalaman saya dan along yang dibesarkan oleh mak abah saya. Saya takde anak lagi. Tapi kalau ada anak nanti, cita-cita saya nak jadi macam mak and abah.
1) Jauh perjalanan luas pemandangan.
Mak dan abah nak anak-anak dia tahu pasal negara sendiri. Beliau cakap, sebelum gatal nak travel ke negara orang, kenali dulu Malaysia. Disebabkan itu, tiap-tiap tahun kami buat family road trip menjelajah Malaysia. Menjelajah bukan duduk dalam hotel. Kami tidur dalam van atau berkhemah atau kalau terpaksa, di hotel budget. Bawa dapur kecil, khemah, beras dan periuk. Jadi takde masalah kalau tak cukup duit nak beli makanan. Sebab kita pun bukan orang senang. Sebelum travel, kami buka peta. Abah akan cakap, "okay kali ni kita jelajah utara". Pastu kami sama2 trace jalan untuk ke tempat yang dituju. Sambil tu identify semua muzium dan tempat bersejarah di sepanjang jalan. Lawat semua tempat2 ni. Setakat ni saya tak sampai Labuan je lagi, yang tempat lain mak abah dah bawa pergi melawat.
2) Take the road less travelled (macam Robert Frost punya poem)
Kami tak guna highway kecuali kalau terpaksa. Perjalanan dari Seremban ke Langkawi dalam trip paling latest itu hari ambil masa lebih kurang 10-12jam sebab kami lalu jalan west coast. Singgah gerai tepi jalan, singgah kampung2, berehat kejap tepi pantai, lepas tu baru drive semula. Kalau sesat jalan pun takpe, sebab memang tujuannya nak pergi belajar tentang tempat orang.
3) Jangan takut sesat, jangan takut silap, tapi always on survival mode.
Mak abah nak anak2 dia reti buat semua benda. Selalu je kami kena campak buat benda sendiri dan survive sendiri. Abah cakap semua orang kena jadi McGyver, kena selalu ada plan A, B, C kalau ada masalah. Darjah 6 nak buat IC, abah parking depan JPN, suruh pergi buat IC sendiri. Ambil gambar dan fotostat surat beranak kat tingkat 1, buat IC kat tingkat 3, abah pesan. Sedih gila time tu. Tapi rupanya nampak abah ada tunggu sekali, tapi dari jauh la. ahahaha. Terbiasa dengan survival mode, sampaikan masa tingkatan 1, saya di offer masuk sekolah berasrama penuh. Pergi jap. Tak tahan dengan budaya rutin. Sebab saya dibesarkan dengan bukan rutin. Masa prep yang disediakan bukan time belajar saya, saya study pukul 3 pagi onwards. Petang masa tidur saya. Tapi kat asrama diorang paksa saya jadi bukan saya. Jadi 1st month duk asrama, saya dah ada subjek2 yang dapat E. Jadi saya pergi jumpa pengetua, saya bincang dengan beliau, beritahu, 'saya tak boleh adapt jadi saya nak keluar, yuran yg dah bayar tu, puan sedekah je la ke sekolah'. Lepas tu call mak and abah, suruh jemput. Cakap dah keluar dari sekolah tu. Ni buat ni masa saya 13 tahun yeh.
4) Always reward, less punishment. 
Masa kecil dulu, puasa benda paling susah. So abah janji kat anak2 dia, kalau boleh tahan sampai abah balik kerja, nanti abah bawa jalan satu Negeri Sembilan sampai la dekat time nak berbuka. So tahan je la puasa sebab nak pergi jalan punya pasal. Darjah 6 pula, saya tak dapat 5A. Bahasa Malaysia dapat B. Sedih, balik nangis sebab kawan2 dapat 5A. Mak tanya, "dah buat yang terbaik ke?". Saya cakap la "ha laa. tatau kenapa dapat B *nangis2*". Mak jawab, "Okay la tu". Habis camtu je. Lepas tu PMR start belajar rajin2 sebab nak impress cikgu English kat sekolah tu (Mrs. Das). Pastu dapatlah 8A sebab dah pulun habis-habisan. Abah tanya, nak hadiah apa. Saya jawab, nak gitar. Dapatlah gitar yg sampai sekarang ada lagi. Gitar PMR saya. Ada sekali saya dapat punishment because saya biadap kat mak. Abah masuk bilik, cakap "kenapa buat mak camtu? dulu masa amy kecil2 ingat tak amy cakap nak jadi nurse bila-bila mak demam". CAMTU JE. TERUS INSAF SAMPAI SEKARANG.
5) Always be truthful to your kids. 
Along is not my biological brother. Mak and abah kahwin 12 tahun takde anak. Lepas ambil along, saya pun datang. So Along is our family's rezeki. Mak and abah beritahu along masa umur beliau 3 tahun yang beliau di adopt. Mak abah jelaskan supaya kami faham. Kami semua juga rapat dengan 'Mak' kedua saya, iaitu mak biological along saya. Pastu, kalau tengah susah, sama2 susah, buat cara susah. Kalau senang, sama-sama pergi makan kat luar. Dalam family takde main sorok2 ni.
6) Total freedom tapi jangan sampai mak abah tak percaya lagi dah.
This is sacred. Mak cakap ni dulu. TAKUT SAMPAI SEKARANG sebab taknak hampakan mak abah.
7) Always question. Everything.
Abah jenis degil. Sama la macam anak dia. Kat rumah kitorang selalu gaduh. Tengok berita pun gaduh. Main game computer pun gaduh. Abah cakap ni, saya cakap tu. Btw abah pesan jangan percaya semua benda, tengok dulu, pikir dulu, pastu tengok lagi. Baru percaya. Kalau 'kalah gaduh' belum pernah lagi abah cakap "Diamlah, kau ni budak kecil je tak paham apa2".
8) Potensi anak-anak tu lain. Cara sokongan pun lain
Mak abah tau saya dan along jenis lain. Saya jenis degil bising, along jenis degil diam. Saya suka buku, along suka kereta. Habis je sekolah, abah suruh along pergi belajar kemahiran kereta. Saya pulak abah suruh jadi cikgu. Masa along start masuk pertandingan touge kereta, abah orang paling excited. Siap nak beli jaket kulit kat along in case kereta terbalik, so takde la cedera teruk. Race waktu malam kat litar Melaka, petang tu kami satu family dah sampai kat litar nak bagi sokongan kat along. Hari pertama buku kanak-kanak yang saya buat keluar, mak abah bawa semua orang pergi karangkraf untuk sokong. Mak abah tak kisah kitorang nak jadi apa, asalkan kena beri yang terbaik semampu yang boleh.
My mak and abah are still human though. They have their faults. Tapi anak-anak mereka elok je jadi orang. I'm proud of them because they are the reasons for me being me. Yang jahat tu saya sendiri la. Tu mak abah tak pernah ajar.
So kesimpulannya, kalau lalu Ulu Bendul nak menghala K.Pilah tu, cakap la hai kat mak abah saya yang tengah jual tolo itik tu. Ni nak hujung tahun ni, kadang-kadang abah bagi calendar "Tolo Itik Ulu Bendul (TIUB)" free kat customers. Heheh

Abah comel

Kat sini pukul 2:20 am ni. Macam biasa la takleh tidur lagi.
Sambil2 tu baca komen2 yg belum sempat baca dalam pos lepas. Kat edisi upsr tu, dalam beribu-riban komen tu, terselit satu komen.
Komen dari abah. Ye, my abah, my only Encik Amran yg korang duk main2 cakap tu amran fans tu.
Alaaaaa ni yang nak nangis niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Esok je la tido kalau camni gayanya.

Glockenspiel

Dia orang paling wise I have ever met. Mcm biasa la, manusia ada banyak facets (bukan typo). Sesetengah org kenal dia dengan artwork dia. Sesetengah org kenal dia dengan lawak bengong dia. Sesetengah org rasa dia ni pelik. Ada macam2 facets la. I am just lucky to get to know him and his many facets. Hari² ada je benda baru belajar dari dia ni.
Saya kenal dia 2006. Pastu terus jadi best friend. Sampai sekarang. Cuma bezanya pada 2014, masa MH370 baru direpotkan hilang, kami diakadkan oleh Encik Abah. Kahwin kecil², takde nasi minyak, buat minum petang, kat taman rekreasi. Lepas kahwin, masing² pergi mandi sungai. Wakakaka
Sebenarnya cerita ni sebab dia tgh naik flight dari Helsinki nak balik Malaysia lepas datang melawat for 2 weeks +.
Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Tapi semalam dia beli hadiah belated birthday sebelum balik. Selalu dia jenis tak bagi hadiah. Ucap birthday kat bini sendiri pun jarang². Cih. Sebelum dia datang tu hari dah cakap kat dia awal² "Tahun ni I nak hadiah since I tak makan benda manis mcm kek. I've been a very good girl, so tahun ni I nak hadiah glockenspiel".
Bila dia sampai tu hari, tak dapat pun. Dalam hati muncung panjang dah, tapi sebab nak dtg sini mahal kan, so dah rasa sgt berterima kasih dah.
Beberapa jam lagi nak balik dia tarik masuk kedai music. Thank you, love.

Wednesday, 25 November 2015

Cerita cukai

Okay jom bincang mengenai tax pula di sini sebab ramai yg tanya tu hari. Rujuk pos sebelum atau selepas untuk hal lain di Finland. Baca sampai habis baru komen.
Cerita pendeknya, ni negara kebajikan (welfare state). Rakyat bayar tax tinggi, kerajaan bagi sangat banyak kemudahan macam-macam. Sini takde natural resources macam Malaysia dan rakyat dia sangat sikit, jadi social capital tu kecil, sebab tu tax tinggi
Cerita panjang pula:
1) Ada dua jenis income, 'earned income' dan 'capital income'. 'Earned income' ialah income yg diterima seperti gaji, duit kebajikan bulanan yg diterima atau pencen. 'Capital income' pula income yg diterima dari investment, duit yg diterima dari menyewakan rumah, interest dari duit simpanan, dan yg sewaktu dengannya.
Okay, satu duit gaji, satu lagi duit poket tambahan. Biasanya org kaya je ada capital income, org biasa2 biasanya ada satu income je.
2) Ada beberapa jenis tax:
i) Earned income di tax sehingga 18-19% bergantung kepada amount. Saya tgh buat internship dan dapat elaun internship sebanyak 500€, jadi saya di tax 1% je.
ii) Capital income di tax sebanyak 30% (nampak tak bagaimana org kaya di tax lebih, orang kurang kaya di tax biasa je?)
iii) Church tax 1-2%. Kalau bukan ahli church, tak payah bayar.
iv) arvonlisΓ€vero/ALV (atau nama lain dia VAT, kita kenal dgn nama GST). Untuk barang yg sangat berkeperluan tinggi, 10% (contoh: ubat, transport). Untuk barang makanan dan services, 14%. Untuk barang lain, 24%.
Basically, TINGGI GILA tax di Finland sebab negara ni bergantung pada tax sebab agriculture tak berapa sgt (sini dekat ngan kutub, sejuk melampau2, susah tumbuhan nak hidup kecuali pada musim tertentu), natural resources pun takde sgt, tourism pun gitu2 je.
3) Jom tgk kemudahan yg diterima dari tax:
-pendidikan percuma sehingga PhD
-pelajar dan guru di sekolah diberi healthy lunch yg free
-jika di bahagian pedalaman, transport pelajar ditanggung, atau ada boarding school free
-sekolah2 fully equipped, banyak sekolah dibina dgn modern minimalist design
-Ibu melahirkan anak cuti 1 tahun dgn elaun separuh gaji, ditanggung sepenuhnya oleh gov. Parents boleh split cuti 6 bulan ibu, 6 bulan bapa untuk beri perhatian kepada baby baru lahir.
- setiap anak yg lahir, ibu bapa diberi elaun jika menjaga sendiri. Jika tidak, anak boleh dihantar ke pΓ€ivΓ€koti / childcare centre (tapi tidak boleh tuntut elaun)
- setiap anak yg lahir, ibubapa diberi hadiah baju2, buku dan barang keperluan untuk baby oleh gov (sila Google Finnish baby box)
- oh btw kalau Ibu bersalin takde husband atau kawan teman dalam labour room, dia bg pinjam volunteer utk pegangkan tangan masa tgh push. Seriously.
- pelajar higher edu (uni/kemahiran) diberi elaun basic sehingga habis belajar untuk cover makan dan sewa.
-org yg kehilangan pekerjaan diberi elaun minimum sehingga mendapat kerja. Org yg malas kerja pun masih dapat, tp elaun minimum ni sgt sedikit, cukup2 untuk jgn mati kebulur je
-free healthcare, maternity pun free
-maintenance dalam bandar (bersihkan salji, potong rumput & pokok di tempat awam, parks, bicycle paths etc)
-bantuan dari KELA (jabatan kebajikan) untuk SEMUA yg bayar tax jika ada apa2 masalah
-prison disediakan bukan tempat hukuman tapi sebagai tempat rehabilitation untuk belajar masuk semula ke dalam masyarakat jadi prison mereka lengkap mcm rumah
-ni paling best: SAMAN TRAFIK MENGIKUT INCOME. Kalau gaji mahal, saman trafik pun mahal. Seorang jutawan Nokia di Finland yg membawa laju di kawasan perlahan disaman €103,000 sebab saman mengikut income beliau, melalui info dari tax department.
Sangat Islam dari negara Islam.
P/s: Mohon jika nak berbincang, jangan komen ekstrim yg boleh mencetuskan pergaduhan politik di sini. Azmira ni masih nak balik Malaysia makan nasi lemak tepi jalan dan keropok lekor 2 ringgit. Dalam hati pun pakai flag Malaysia. Thanks πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜
P/p/s: mohon sopan juga. Kalau saya dah start speaking nogoghi kang, segala lidah yg terseliuh tidak ditanggung pihak insurans. Lagi pun kalau teacher Azmira merajuk, bebel lagi panjang, tak larat pulak baca nnt

Monday, 23 November 2015

Teacher Nisa

"Huhuhu angry hormonal teenagers, you have to be more than a teacher to them. Be their friend. Sometimes kene layankan diorang punye ego, contohnye planting ideas in their head so that they think they're the ones who come up with the idea. Hehe"
Setuju atau tak setuju apa yg teacher Nisa cakap ni? πŸ˜πŸ˜πŸ˜
Hari ni hari untuk introduce cikgu hebat lagi. Today kita pergi upper secondary school pula and berkenalan dengan teacher Nisa. Teacher Nisa was 1 year my senior masa zaman² buat b.Ed dulu.
Teacher Nisa is among the people who tengah makan pun dia teacher, tgh shopping pun dia teacher, tgh tidur pun dia teacher.
Baru² ni beliau ada post mengenai kelas English beliau. Students beliau kena jadi chef, dan mereka belajar mengenai ingredients, kitchen tools dan cara bagi instructions untuk memasak. Ala-ala rancangan masakan. Lepas habis tu, masing² pun dapat makan makanan yg mereka sediakan. Belajar English pun dapat, perut konyang pun dapat. So teacher Nisa ni cara mengajar beliau memang pelbagai, sebab tu beliau our local hero for today πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜
Ramai sangat cikgu yg best dalam Malaysia ni. Orang tak kenal je. Kesian cikgu² awesome ni tak pasal-pasal mereka terpalit dengan nila setitik dua.
Mereka ni betul² antara orang yang mengubah sistem dengan mengubah diri sendiri dan orang sekeliling mereka. 'Kipidap' lah ye. Ehhh!

Sunday, 22 November 2015

Confidence ke confident?

Seminggu ni takde nota English pun. Semua sebab demam UPSR.
So.
Itu hari ada yang tanya pasal perbezaan perkataan English yang berakhir dengan '-ce' dan '-t' ni.
Contohnya, bila nak guna?
- confidence ke confident?
- absence ke absent?
- ignorance ke ignorant?
Kacang je ni. Seriously. Kacang gila. Okay kita ambil contoh perkataan confident (maksud: yakin) dan confidence.
Kita boleh cakap camni, "Umang ai, he is so confident about that" / "Omg, yakin betul dia pasal tu". Dalam ayat ni, 'confident' tu kata sifat atau dikenali sebagai adjective. Kata sifat tu menerangkan sifat sesuatu.
Kita boleh cakap camni, "His confidence is inspiring" / "Keyakinan dia memberikan inspirasi". Kat sini, perkataan 'yakin' tadi tu dah jadi 'KEyakinAN'. Kalau ikut rules grammar, kata sifat tadi dah bertukar jadi kata nama (noun).
Sooo. Tips menipu teacher Azmira (jangan bitau orang lain):
Kalau tengah confused nak guna perkataan yang berakhir dengan '-ce' atau '-t', cuba tengok maksud dia dalam BM. Kalau dalam BM kita kena tambah 'ke-...-an' kat perkataan tu, maknanya, kena guna ending '-ce'.

Contohnya:
Absent (tidak hadir) - kata sifat
"Tisya was absent" / "Tisya tidak hadir"
Absence (KEtidakhadirAN) - kata nama
"Her absence was felt by us" / "Ketidakhadiran beliau sangat dirasai oleh kami"
Ignorant (jahil) - kata sifat
"What an ignorant statement!" / "Apo bungko amek statement ni!"
Ignorance (KEjahilAN) - kata nama
"I laugh at her ignorance" / "Saya gelakkan aje kejahilan beliau"
Tapi macam biasalah, English is fun, English is crazy. Banyak je exceptions, tapi kalau perkataan tu ada kata sifat yang berakhir dengan 't' dan kata namanya pula berakhir dengan 'ce', cuba try test tengok boleh ke tak guna cheat macam ni. Ada contoh lain tak?

Saturday, 21 November 2015

Adab mana, adab kat mana?

Adab melawan pendapat dekat fb supaya orang tak carutkan awak 
😱😱😱
1) Baca. Sampai. Habis. πŸ‘

2) Fahamkan maksud. Fahamkan viewpoint dan konteks. πŸ‘

3) Fokus pada isu. Bukan personal. Ada yg kutuk personal pasal saya takde anak. Baru je 2 bulan lepas saya kehilangan baby, agak terusik jugak la bila ada yg cakap camtu. Nasib baik husband ada datang melawat ni, boleh tumpang nangis kat bahu. Walaupun reply masih cool, dalam hati, dah bom dah orang tu. Tanak la camtu k. Bom mahal.
4) Bincangkan solusi bila pinpoint masalah. "Kau pindah je la Finland, bawa segala family kau" tak selesaikan masalah yang awak bangkitkan. Tolonglah, bila beri pendapat berbeza tu, berikan cadangan penyelesaian juga. Moga² ada yang boleh jadikan kenyataan.
5) Hormat-menghormati. Fahamkan juga bahawa penulis asal mengambil effort dan masa untuk menulis dan menyelidik, secara percuma. Tak minta thank you pun. Minta jangan biadap je. Yang pelik tu, kebanyakan yg biadap tu mengaku ada bermacam sijil dan berjela-jela pengalaman. Betul la tu, gred A tu tak melambangkan ilmu dan sahsiah. Saya mengaku saya masih banyak nak belajar, umur pun baru masuk 29. Tapi setiap manusia bukan tabula rasa. Sikit ke ilmu, banyak ke ilmu, ilmu individu tu lain-lain. Sebab tu kena kongsi. Ni main personal puleksss. Aiiiiii ni yg acik sotat nak sopiking nogoghi ni!!